Showing posts with label Manja Lela. Show all posts
Showing posts with label Manja Lela. Show all posts

Tuesday, November 7, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 2

B. KEDAYAN BERTAPAK DI NEGARA BRUNEI

Kembali kepada peristiwa perkahwinan puteri dan sultan ( kita tidak tahu sultan yang mana satu, tapi pasti bukan Awang Alak Batatar. Ini kerana pada peringkat awal penubuhan dengan serba serbi kekurangan yang ada, beliau tidak mungkin begitu cepat menjalin perhubungan diplomatik sejauh Majapahit) berkenaan.

Selepas perkahwinan itu, Puteri  dan rombongannya terus menetap di Brunei. Ini bukan satu perkara yang aneh. Di Melaka, Puteri Hang Li Po dan rombongan beliau terus menetap di Melaka apabila beliau berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selain dari jarak yang jauh untuk pergi balik, ianya adalah merupakan lambang kebesaran bagi puteri berkenaan iaitu sejauh mana ramai orang mengikut untuk berkahwin. Kita ikuti gelaran yang ada di Brunei sehingga sekarang ini. Pangeran, Raden, Kula (kaula) adalah gelar yang datang dari tanah Jawa dan ianya wujud di Brunei besar kemungkinan dari perkembangan ini.

Dari semasa ke semasa ini juga akan mewujudkan arus masuk orang kedayan yang kemudian ke Brunei kemudiannya sehingga mewujudkan satu identiti sendiri, seperti juga wujudnya golongan Baba-Nyonya di Melaka. Sehingga proses ini menumbuhkan satu komuniti tersendiri, KEDAYAN.

Pelikkah jika satu bangsa, seluruhnya menjadi puak yang diarah menjadi “frontliner” kepada sesebuah kerajaan?. Tidak.

Perkara ini wujud pada kerajaan yang besar lain seperti Siam. Di sana Bangsa Prai dan Sui adalah “kedayan” yang menjadi tentera raja secara turun temurun. Setiap anak mereka dilatih ilmu peperangan, dan kesetiaan mereka teruji turun temurun; menjadi pengukur yang menjamin kegemilangan kerajaanSsiam. Hanya golongan ini yang dilatih menjadi golongan pengawal peribadi terdekat raja.Berlaku juga perkahwinan campur dengan wanita tempatan sehingga Kedayan wujud sebagai satu bangsa.  Empayar British jugamendapat ikhtibar mengenai perkara ini. Sehingga kini, bangsa Gurkha adalah diimport dari pergunugan Nepal menjadi tentera elit yang dibanggakan, seperti apa yang terjadi dalam perang falkland pada tahun 1980an.

Kedayan, bukan orang Berunai; yang mejadi teras kewujudan kesultanan Brunei. Ini bukan suatu hasutan atau perluahan kebencian tetapi merupakan hakikat yang perlu dihormati oleh semua.

Kedayan terus menerus menjadi barisan hadapan “frontliner” di Istana Brunei dan dihormati sebagai hulubalang terkemuka. Kesultanan menggunakan orang kedayan ini untuk empayarnya seperti berikut :

1) Orang Kedayan, bukan orang Berunai dijadikan sebagai bala tentera untuk pertahanan dan meluaskan tanah jajahan di sekitar Borneo.

2)  Orang Kedayan akan diarah menduduki satu satu tempat yang baru dijajah

supaya satu bentuk pertahanan diwujudkan. Maksudnya, orang orang ini diarah untuk membuka negeri berkenaan, termasuk tinggal di kawasan berkenaan bagi mempastikan ianya kekal tertakluk di bawah kesultanan Brunei. Penghormatan Sultan kepada Pemimpin Kedayan dari kawasan baru ini mewujudkan hubungan dua hala yang baik turun temurun kerana, walaupun mereka masih tunduk kepada Sultan di Brunei, Sultan sendiri memberikan mereka autonomi pentadbiran yang amat luas

3) Benteng Kawasan  Bandar

Orang Kedayan adalah diarah membuka perkampungan di sekitar bandar dan istana, menghala ke kawasan darat. Golongan peniaga yang kemudian dikenali sebagai “orang Brunei” mendirikan perkampungan di kawasan laut supaya, apabila timbul satu satu bahaya dan ancaman terutama dari kalangan orang dayak pertahanan akan diuruskan oleh orang Kedayan. Oleh itu, golongan Istana dan peniaga mempunyai masa yang cukup untuk berlindung di laut, sementara keadaan menjadi reda.

Keadaan ini mempengaruhi corak petempatan Brunei sehingga sekarang. Lazimnya, “orang Brunei” tinggal di atas pesisiran pantai, sementara orang Kedayan tinggal di kawasan Darat.

4)  Membuka kampung

Ada sesetengah insiden di mana para pahlawan ini mempunyai kaliber dan bercita cita tinggi serta “outspoken”. Kebijaksanaan sultan biasanya berjaya mengawal mereka. Cara yang biasa ialah memberikan mereka pangkat dan kebesaran serta memberikan mereka kekuasan untuk membuka kampung baru jauh dari bandar sultan. Mereka ini disertakan dengan “regalia” yang tersendiri biasanya cap mohor diraja. Jadi, sultan mewujudkan “win-win situation” bagi dirinya dan pemimpin berkenaan. Sultan menghindarkan ancaman dari kerajaannya, tanah jajahan semakin meluas sementara pemimpin berkenaan mempunyai kuasa yang diimpikannya…. Di tanah baru, seperti Sipitang , Miri dan Labuan.
Bersambung.......

Biik Biik

END

Manja Lela atau Chanai Lela? - Aaron Bonafides

Aku indakan ba:tutu:an banyak-banyak a:i ani ngaya kan ba:tanya yang manakah satu lu:us, Puteri Manja Lela atau Puteri Chanai Lela yang ba:kahwin dangan Sultan Ba:unai atu. 

Dalam forum atu da:i 'biik biik' ada ditulis manganai asal usul u:ang Kedayan ani. Uja:nya, kita ani ba:katu:unan pengikut Puteri Manja Lela tatapi da:i sabuah buk yang ma:asai ku baca, iaitu buk'sarawak information jurnal' ditulis bahawa u:ang Kedayan ani adalah katu:unan pangikut Puteri Jawa Chanai Lela. '.......orang Kedayan adalah salah satu masyarakat Sarawak yang istimewa di mana mereka adalah dipercayai keturunan pengiring puteri Jawa- Chanai Lela yang berkahwin dengan Sultan Brunei.'

Manganai istilah kedayan andangnya ba:maksud 'pengiring orang-orang besar' jadi ba:dasa:kan istilah atu andang dapat di katakan kita ani ukannya ba:katu:unan hamba. 

Atu ba:dasa:kan bahasa istana Melaka. Kalau kita malihat asal usul kita ba:dasa:kan sumba: atu, kita pun dapat mangakun kita anik u;ang bangsawan. Mangapa? Sabab dalam bahasa istana Melaka banyak istilah kedayan adalah bahasa istana. Umpamanya bisai, tandak, alai, dangan(hamba) dsb. 

Tapi layakkah kita ngakun kita u:ang bangsawan?

Lagi satu amun dilihat da:i bahasa kita layak ba:gala: melayu sabab banyak bahasa kitak adalah bahasa melayu lama. Misalnya...hambalang( dalam tulisan batu bersurat Terengganu tertulis perkataan 'hambaling' yang bermaksud lontar atau baling. Pa:kataan lain macam 'tuha''samuha'dsb. Adakah kita layak ngakun di:i melayu?

Pa:soalannya, amun kitak bana:-bana: da:i Majapahit ngapa nama, bahasa, adat sama dangan Ba:unai?

Inda banyak babida. Apakah kitak diasimilasikan ulih u:ang Ba:unai?

Mangkali juak kitak ani ukannya ba:asl da:i Majapahit tatapi da:i Sumata:a. Banyak pa:samaan dianta:a bahasa Kedayan dangan Minangkabau. Bizanya u:ang Minang 'r' inda hilang. 

Kalau kitak banyak hu:up 'a' bisia banyak makai hu:up 'o'. Bana:'bona', labih 'lobih', ka:bau 'kabau', dsb.

Walaubagaimanapun siapalah aku ani kan mamba:i pandapat. Ngaya aku ani sayang kan bangsa ku sandi:i. Ta:ima kasih.


Aron Bonafides.
Miri.

Sipalui- Ehh Aron Jaan manyamal ihhh mun kao baanti inda tia siok

Engkek- Kemungkinan kedua dua sumber ni pun betul, Cuma Biik biik tu mangkali ada silap. Menurut Sumber Ketua rombongan tu bernama Tun Manda Lela, tapi puterinya inda pulang kana sabut. Jadi Chanai lela tu puterinya tah tu bah!

END

Thursday, November 2, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 1

2 Nov 2000, Sipitang; Sdr Aaron dan lainnya  memang lebih dari satu sumber yang menyatakan bahawa Kedayan mungkin berasal dari Kerajaan Majapahit. Namun punca mereka datang ke Borneo mungkin berlainan dari satu sumber ke satu sumber yang lain.

Sumber kami menyebut begini. Masalahnya buku terpenting di dalam sumber berkenaan saya sendiri belum jumpa.

A. BAGAIMANA KEDAYAN MULA WUJUD?

Berlaku satu  rancangan perkahwinan di antara Puteri Raja Majapahit dan Sultan Brunei lebih kurang 400 tahun yang lalu. Kata sepakat telah dicapai. Kemudian satu rombongan pengantin tujuh buah kapal berangkat ke Brunei dari Majapahit.Ahli ahli rombongan beliau  bersama hulubalang dan dayang dayangnya dihantar ke Brunei untuk maksud berkenaan.  Rombongan ini diketuai oleh Panglimanya yang bernama Tun Manja Lela* (quite a strange name for a Kedayan gentleman, I might say). Hipotesis kami ialah sumber ini menjadi keliru mengenai siapa puteri , siapa panglima kerana nama sedemikian lebih dekat kepada nama puteri

Dari sini dari sini nama Kedayan mula timbul. Semua anak kapal beliau dinamakan kedayan kerana “Kedayan” adalah merangkumi semua yang ada di di dalam rombongan berkenaan, kecuali sang puteri sendiri. Kedayan adalah pengiring beliau dan ini tidak mengira samada mereka adalah keturunan bangsawan atau orang kebanyakan. 

Semuanya termasuk pahlawan, hulubalang, pegawai, ningrat, raden, dayang dayang dan hamba hamba yang sebenar adalah digelar sebagai Kedayan kerana; kedayan bermaksud orang yang tertakluk kepada pemerintah, khadam kepada raja atau dalam bahasa kasarnya; HAMBA. Buku mitos-sejarah, “Hikayat Hang Tuah” yang di karang sekitar abad ke 17 – 18 menerangkan sedikit mengenai definasi Kedayan ini ini kepada kita.

Hamba? Apa kah kedayan berasal dari hamba? TIDAK SEMESTINYA!

Dari gambaran di atas rombongan puteri, kita boleh fahami bahawa label kedayan (hamba) itu lebih merupakan  pernyataan bersifat “metaphoric”. Ia bukan seperti hamba, khadam atau hulun takuyung seperti yang kita sering gambarkan. Sesiapa sahaja boleh bersetuju bahawa dan faham bahawa pengiring puteri berkenaan terdiri bukan sahaja dari golongan hamba sahaya; tetapi sebahagian besarnya adalah golongan bangsawan, pelayar dan pahlawan terbilang; serta terpilih dari kalangan oranga yang terbaik dari kalangan orang Majapahit. Ini kerana mereka mempunyai tiga tugas utama, menjamin keselamatan anak raja, diplomat  dan kemahiran mengenai selok belok ilmu pelayaran kerana perjalanan yang ditempuh dari tanah Jawa Ke Borneo adalah jauh dan sukar. Malah untuk menjawat jawatan hulun takuyung sekalipun, sang puteri tentu memerluka hulun yang terbaik untuk rombongan yang sedemikian rupa.

Jadi Kedayan hanyalah adalah istilah merendah diri dan digunakan sebagai perlambangan. Lambang sahaja. Ia tidak lebih dari cara dan bahasa orang nusantara berbahasa dengan pemerintah. Bagi kerajaan tradisional nusantara; selain daripada  Raja, semua individu lain adalah hamba. Buku mitos-sejarah yang lain Sejarah Melayu pernah menyebutkan bahawa sehinggakan Bendahara sendiri mengaku bahawa dia adalah hamba kepada raja. Walaupun Buku ini tidak dianggap sebagai buku sejarah sepenuhnya,R.O.Winsteadt iaitu pakar sejarah Melayu banyak menggunakannya sebagai platform untuk meneruskan kajian beliau secara ilmiah.

Selain daripada raja adalah hamba, itu adalah pernyataan hakikat. Maksudnya semua, termasuk kedayan, orang brunei(?), pangeran, menteri, pehin, awang dan dayang adalah hamba kepada raja yang memerintah kerajaan brunei. Tetapi ini menimbulkan persoalan lain. Hamba kepada siapa? Raja Brunei? Masalahnya begini, Awang Alak Batatar sendiri besar kemungkinan bukan seorang melayu; atau beliau seorang adalah proto-malay. Satu asas hipotesis yang semakin banyak diberi penekanan ialah nama beliau sendiri- betatar. 

Tunjukkan apa maksudnya tatar, bukan kah ianya amat hampir  bererti tatto? Di Borneo, orang orang melayu tidak dicatatkan di dalam sejarah sebagai orang yang mengamalkan budaya mempunyai budaya tatto. Baginda hanya menjadi Islam dan menukar nama menjadi Sultan Muhammad setelah bertemu dengan pedagang arab yang bernama Maulana Sheikh Abd Aziz (?)*.

Bersambung pada isu yang akan datang……

BIIK-BIIK

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...