Maaf kerana KOL Vol 19 agak lewat terbit kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Teruskan bersama Kami...
Showing posts with label KOL Vol 19. Show all posts
Showing posts with label KOL Vol 19. Show all posts
Tuesday, December 5, 2000
Sudah berlanggan Habaa Kedayan?
RM2 senaskah!
Berikan alam pos penuh kepada webmaster sekarang. Kerahsiaan anda adalah terjamin
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Berikan alam pos penuh kepada webmaster sekarang. Kerahsiaan anda adalah terjamin
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Kedayan sebenarnya dari Kayangan!
Kali ini KOL mendapat pendapat yang sangat unik di boardroom. Bagi saudara yang mengunjungi ruangan forum, ikuti pendapat beliau di bawah:
'Banarkah orang kadayan kana galar orang kaya ani kan,
Ada masih kah orang kaya kadayan di sabah?
Khas untuk kadayan sajakah?
Banar jua lagikah kadayan ani darah kerabat diraja brunai,yang mula2 maintah bunai?
Adakah raja darat?
Dan satu lagi kan mambaitahu asal kadayan ani yang bananya dai kayangan dan ada lagi rahsianya inda dapat dibaitahu kecuali suatu hai nanti.
Jelama Kedayan
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
'Banarkah orang kadayan kana galar orang kaya ani kan,
Ada masih kah orang kaya kadayan di sabah?
Khas untuk kadayan sajakah?
Banar jua lagikah kadayan ani darah kerabat diraja brunai,yang mula2 maintah bunai?
Adakah raja darat?
Dan satu lagi kan mambaitahu asal kadayan ani yang bananya dai kayangan dan ada lagi rahsianya inda dapat dibaitahu kecuali suatu hai nanti.
Jelama Kedayan
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Bahasa Kedayan adalah lebih maju dari Berunai
Aaron Bonafides
Assalamualaikum..
Kali ini saya akan membicarakan mengenai bahasa Kedayan yang lebih Melayu berbanding bahasa Brunei. Mungkin ianya agak mengejutkan tetapi itulah hakikatnya. Maklumat ini saya perolehi daripada tulisan Encik Julaihi Bujang yang membentangkan mengenai hubungan di antara Melayu dan Kedayan di Sarawak di dalam Simposium Melayu dan Melanau ke 2(?) pada tahun 1993.
"......bahasa Kedayan hidup sebagai bahasa pertuturan atau pengucapan sahaja di kalangan etnik Kedayan. Ia dikatakan mirip dengan bahasa Melayu Brunei " (A.B Ahmad,1978).
Menurut Soepomo (1990), elemen linguistik di antara bahasa Melayu Brunei dan Kedayan hampir sama dengan kognat melebihi 94%, sebaliknya bahasa Melayu Brunei sebagai satu dialek Melayu mempunyai kognat kira-kira 80% dalam hubungan dengan Bahasa Melayu Baku.
Sedangkan menurut saudara Arimi Sidek, kehampiran di antara bahasa Kedayan dengan Bahasa Melayu Baku ialah 84%. Nah..ini menunjukkan yang Bahasa Kedayan itu lebih Melayu berbanding dengan Bahasa Brunei.
Manakala Aadelar(1990) dalam kajiannya mengenai dialek Salako menyatakan bahawa ia berkait rapat dengan 'kendayan'**. Menurut Aadelar, Salako juga berkait rapat dengan bahasa Banjar. Lantaran bahasa Melayu Banjar itu mempunyai kaitan dengan bahasa Melayu Brunei maka diyakinkan bahawa asal-usul etnik Kedayan mungkin terjawab dalam kajian lanjut ke atas elemen dialek-dialek tersebut.
***Mengenai adakah Kedayan dan Kendayan adalah etnik yang sama, saya tidak bersetuju dengan pendapat tersebut. Ini adalah kerana bagi pihak Indonesia Kendayan digolongkan ke dalam kumpulan etnik Dayak. Elemen Melayu di dalam budaya dan bahasa Dayak Kendayan adalah elemen pinjaman. Dikatakan adat perkahwinan mereka dipengaruhi oleh unsur-unsur animisme iaitu harus meminta izin daripada 'yubata' dan membayar adat pada leluhur serta makhluk ghaib.
Saya berpendapat demikian adalah kerana walaupun ada unsur-unsur lama(sebelum Islam) di dalam masyarakat Kedayan tetapi tidak ada unsur-unsur pemujaan leluhur dan makhluk ghaib.
Mengenai kemungkinan bangsa Kedayan berasal dari Borneo saya tidak berani mengiyakan pendapat tersebut. Walaubagaimanapun, mungkin ianya ada kebenarannya. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan orang-orang Melanau dan Melayu Sarawak. Ini adalah berdasarkan kisah lagenda masing-masing.
Sebelum ini saya pernah menulis bahawa penduduk asal Brunei adalah orang Kedayan berdasarkan buku 'Oya Melanau'. Ianya diceritakan oleh seorang tua Melanau pada tahun 1950. Adapun kisah itu pula yang berkaitan dengan kemunculan Alak Betatar dan Awang Semaun ke Brunei dikatakan berlaku 30 generasi yang lalu. Andaikata satu abad ada 4 generasi maka kisah itu berlaku kira-kira 400 tahun yang lampau. Kalau satu abad pula ada 2 generasi maka kisah itu berlaku kira-kira 800 tahun yang lampau. Namun ianya lebih kepada cerita lisan masyarakat Melanau Oya.
Berdasarkan Hikayat Merpati Jepang pula dikatakan bahawa Brunei diasaskan oleh orang Kedayan. Datu Merpati Jepang merupakan ketua masyarakat Melayu Sarawak pertama. Adalah dipercayai beliau hidup sekitar abad ke-15(?). Keturunan beliau inilah yang dianugerahkan oleh Sultan Brunei dengan gelaran Datu Patinggi. '....Diceritakan bahawa pada suatu masa lampau seorang puteri telah terdampar di Miri apabila kapal yang baginda tumpangi telah karam. Puteri itu dijumpai oleh orang Kedayan lalu dipelihara oleh mereka sehingga dewasa. Apabila telah dewasa, orang Kedayan ini telah berpakat untuk mencari jodoh bagi puteri tersebut. Mereka berpakat untuk ke Singapura. Lalu mereka telah membina sebuah kapal yang besar lagi indah dengan segala perhiasan. Lalu dilantik beberapa orang tua Kedayan yang paling pintar lagi bijaksana untuk belayar ke Singapura lalu mencari calon suami untuk puteri tersebut.
Setelah tiba di Singapura, mereka menghadap Adipati iaitu ketua Singapura. Baginda menpunyai 7 orang putera. Untuk memilih calon yang sesuai, mereka meminta izin untuk membawa setiap putera itu mengelilingi pulau Singapura secara bergilir-gilir. Setiap pusingan bijak pandai Kedayan ini akan bertanyakan beberapa solan untuk menguji kepintaran putera-putera tersebut. Apabila sampai giliran putera ke tujuh yang juga ternyata tertampan dan terbijak lalu mereka menukar haluan dan terus belayar ke Miri(?). Apabila Adipati mendapat tahu bahawa puteranya telah dilarikan orang baginda amat murka tetapi sudah terlambat.
Setibanya di Miri(?) baginda dikahwinkan dengan puteri. Pada suatu hari ketika sedang berburu sang putera sampai ke suatu daerah yang subur lalu mencadangkan agar dibuka penempatan di situ. Pada waktu yang sama orang Kedayan sedang sibuk berinai, lalu dinamakan daerah itu Berinai. Putera itu telah dilantik oleh orang Kedayan sebagai raja.
Lama-kelamaan daerah itu dipanggil Brunei." Namun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan kerana ianya lebih berunsur cerita mitos walaupun Datu Merpati Jepang memang wujud.
Sekian dahulu untuk kali ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan tulisan saya ini.
Terima Kasih.
Aaron Bonafides ibni Safar ibni Boben al-Haj ibni
Dohak al-Haj ibni Abdul Ghafur al-Haj.
Miri-Sibuti.
END
AKAR, kan ka mana kao ni?
5 Dis,Kota Kinabalu;
Mikin kami tiga oang ni kan bapike kan ka mana tuju paati AKAR ni kian? Ikuti apa yang ditutuankan oleh siengkek, mandau jan sipalui bila basia ngalimut pasal AKAR
Mandau:
26 Nov dalam paasidangan paati pawakilan bapadah picaya tia basia kan presiden , YB DAtuk Pandikar yang umpunya tahu kan njadi akan AKAR ani apa upanya
28 Nov YB Datuk Jeffrey bapadah--mun kan masuk, masuk tah oang AKAR ni aah PBRS
Inda batah lapas atu, YB Tan Sri Dompok mula tia ngail, ... banyak oang AKAR ulihnya
Engkek:
Paasaan ku presidennya tu andang kan masuk UMNO ni. Baik jua. AKAR ni yang banaanya andang inda kuat dai mulanya. Inda pasti yang semangat awal AKAR diwarisi oleh Datuk Pandikar, tapi yang ku tahu, Datuk Mark Koding mengasaskan AKAR jaan taasnya hatred politic! test power jan PBS biani.
Sipalui:
Baiktah masuk UMNO! Datuk Pandikar kan ada karisma dikit. Karisma tu mun kan tahu, atu tah kakuangan yang patut di tampal tampal akan aah umno kaangani ani. Mun nganya mbai usin ai kan pilihanraya supaya dangan ngundi, dausah tah. Mahat pun ku luih usin jua.
KOL
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Friday, December 1, 2000
Pasangan Kedayan dari Sindumin karam dilaut!
01 Dis , Labuan; Perahu En Ali Diris 30, dan isteri beliau Jamilah Dullah yang berasal dari Kg Luagan Sindumin telah karam semasa mereka di dalam perjalanan ke Labuan untuk menjual buah buahan kira kira 20 batu nautika ke Timur Labuan. Peristiwa ini bermula pada hari selasa 21 November yang lepas.
Peristiwa berkenaan telah menyebabkan mereka terapung di laut selama 3 hari dua malam sebelum di selamatkan berdekatan Pulau Papan oleh sebuah kapal pukat tunda yang kebetulan menangkap udang di kawasan berkenaan.
Disepanjang keadaan yang mengerikan itu, En Ali terpaksa berpaut pada bot mereka yang terlungkup akibat pukulan ombak; manakala isteri beliau yang tidak tahu berenang dan mengandung pula berpaut pada gelen dan di bawa arus ke sana ke mari sehingga sejauh kawasan Kuala Lawas.
En Ali menyatakan pada mulanya gelen yang dipauti isteri beliau terikat pada bot mereka yang berukuran 18 kaki itu, tetapi beliau telah melepaskan ikatan berkenaan supaya isterinya boleh terdampar ke pantai. Malangnya arus yang tidak menentu di kawasan berkenaan menarik semula isteri beliau kepadanya pada keesokkan harinya.
Ketika ini beliau telah kembali ke Kg beliau dan bersyukur kerana peristiwa malang berkenaan belum memisahkan mereka suami isteri
KOL
END
Saturday, November 25, 2000
Beaufort dan Sipitang dilanda Banjir
25 Nov,Beaufort; Banjir kilat yang teruk telah menjejaskan lalulintas di lebuhraya Sipitang- Beaufort apabila kawasan jalanraya di Kg Bukau kira kira 14 KM dari pekan beaufort dinaiki air.
Sesetengah kawasan di beaufort telah ditenggelami sedalam 2 meter dan ini melibatkan beribu ribu ekar kawasan perkampungan dan pertanian . Fenomena ini disifatkan oleh anggota penyelamat daerah sebagai pertama kali berlaku di dalam masa 40 tahun, malah lebih dalam dari kesan ribut greg empat tahun lepas bagi setengah tempat.
Manakala di Sipitang pula, Setengah tempat di mesapol dan Sindumin, kedalaman juga dianggarkan melebihi 2 meter. Ramai penduduk mengadu bahaw rumah mereka yang bertiang di naiki air sehingga ke paras pinggang.
Walau bagaimanapun tiada sebarang kematian dilaporkan dari kedua dua daerah berkenaan!
KOL
END
Wednesday, November 15, 2000
Persatuan Kedayan Sabah - Ke arah mana dituju?
Synopsis akiviti Persatuan Kedayan ini terbahagi kepada dua bahagian.
Pertama, senarai program yang sudah dan akan dikendalikan, Kedua, sedikit pengenalan tentang konsep-misi KEDAYAN dalam tempoh panggal* ini.
I. Pengenalan
Status KEDAYAN1 sebagai persatuan etnik cuma disahkan setelah kita mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 22hb Julai 2000 bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.
Dalam masa yang sama KEDAYAN melancarkan laman webnya dialamat: kedayan.cjb.net merupakan persatuan etnik yang pertama mempunyai laman web sendiri di Malaysia.
Seperti juga persatuan-persatuan etnik yang lain kehadiran KEDAYAN2 adalah sebagai katalyst kepada pembangunan bangsanya/etniknya keseluruhan di dalam berbagai bidang mengikut kemampuan yang ada.
Bermula daripada 5hb Ogos 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa KEDAYAN yang pertama diadakan, bertempat di Pejabat Presiden, Kota Kinabalu.
Mesyuarat ini lebih tertumpu kepada pengenalan (introduction) kepada AJK.
5hb September 2000, Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang kedua di adakan di Pejabat PKR, Sipitang. Tujuan utama ialah membahagi-bahagikan tugas masing-masing.
22hb Julai 2000, KEDAYAN telah dijemput untuk menghadiri perbincangan mengenai Lanunan Hayat (Biopiracy) yang dikelolakan oleh PACO dan Kementerian Alam Sekitar bertempat di Museum Negeri Kota Kinabalu. Ini merupakan aktivity KEDAYAN yang pertama. Wakil KEDAYAN dijemput untuk meneliti draf undang-undang Biopircy di Sabah .
13hb Ogos 2000, KEDAYAN mengadakan Tournment Golf di Kelab Mimpian Jadi Tuaran disertai oleh masyarakat Kedayan di Sabah dan Labuan juga terbuka kepada kaum bukan Kedayan. Sembutan mariah diberikan oleh masyarakat Kedayan tanpa diduga.
15hb Oktober 2000, Biro Wanita Persatuan Kedayan mengadakan pertandingan memancing di Pelakat. Sambutan dari masyarakat Kedayan didaerah Sipitang sungguh membanggakan. Ini menunjukan wanita KEDAYAN tidak kurang kemampuanya, harus di sokong dan diperkuatkan.
Konvensyen Belia Kedayan yang dijadualkan pada 18hb November 2000, ditunda ke tahun depan.
Senarai program Kedayan dalam jangka masa setahun telah pun di rangka - sila lihat media3 kedayan dan boleh juga didapati dengan menghubungi Setiausaha Agung atau Setiausaha Penerangan & Multimedia.
KEDAYAN selalu sahaja menerima undangan dari Persatuan-persatuan etnik yang lain disamping undangan dari badan-badan kerajaan dan yang bukan badan kerajaan. AJK pusat akan memberi pengiliran untuk mewakili KEDAYAN.
Pelancaran habaa KEDAYAN (?) yang diterbitkan sebulan sekali.
II. Langkah Awal
Empat perkara yang harus dilakukan segera untuk mengukuhkan dan menonjolkan kedudukan KEDAYAN:
1. Pengurusan dan Pentadbiran:
Setiausaha Agung
- Tiada bermasaalah dengan Pendaftar Pertubuhan, peraturan-peraturan dipatuhi dan dokumen-dokumen yang perlu di serahkan dalam masa secukupnya.
- Review keahlian yang berdaftar dengan pembayaran yuran. Rekod keahlian disimpan dengan baik bersistem.
- Setiap cawangan dimestikan menyusun rapi rekod keahlian. Mungkin perlu pendedahan dengan menghadiri kursus-secretarial dan perkeranian.
- Kedayan akan mengadakan bengkel /seminar tentang pengurusan persatuan ditahun hadapan.
2. Komitmen setiap AJK
Ahli jawatankuasa yang dipilih dan yang diltantik mestilah committed dan bersifat pro aktif. Bukan main suruh, main pass atau sekadar melepas batuk ditangga-kalau betul-betul ingin melihat masyarakat kedayan membangun4.
Memberi alasan dengan mengatakan tiada masa, kerana terlalu sibuk adalah tidak manasabah7.
Peringkat cawangan memainkan peranan yang besar dan utama, melihat kepada struktur persatuan diamana tujuan penubuhan cawangan adalah semata-mata untuk memboleh masyarakat kedayan yang tinggal dikampung-kampung terlibat secara langsung tanpa sekatan-sekatan -beaucracy .
Pemimpin cawangan-cawangan harus memiliki pengatahuan asas tentang pengurusan dan pentadbiran persatuan. AJK pusat dicadang untuk memberi pendedahan kepada gulungan ini.
3. Interaksi antara KEDAYAN dengan Masyarakat Kedayan
Interaksi perlu dibuat, untuk membolehkan mereka mengatahui apa akitiviti KEDAYAN, disamping itu pegawai-pegawai KEDAYAN akan dapat mengenalpasti sebarang keperluan dan membuat tindakbalas yang sesuai.
Program KEDAYAN harus melibatkan masyarakat kedayan untuk membolehkan mereka appreciate apa yang berlaku.
4. Kewangan
Terpenting, KEDAYAN mesti mencari jalan untuk mendapatkan kewangan sendiri. Setekad ini KEDAYAN tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak yang membolehkan KEDAYAN bergerak dibidang commerce.
Yuran keahlian adalah sumber pertama walaupun amaunnya tidak banyak pertama, untuk memanuhi syarat-syarat pertubuhan persatuan dimana ahli-ahli mesti membayar yuran. Kedua, dengan adanya kenaan yuran ianya merupakan satu attachment sedikit sebanyak antara ahli dengan persatuan.
Membuat kajian/ study bagaimana KEDAYAN boleh mendapatkan sumber kewangan berpandukan latarbelakang yang ada sekarang: melibatkan KEDAYAN dibidang komercial-kecil-kecilan, dengan bantuan dari usahawan kedayan atau kedayan yang mampu dan ingin memberi sumbangan kewangan dan lain-lain.
Perbincangan tentang topik ini harus berterusan. AJK pusat mengalu-alukan penglibatan masyarakat Kedayan untuk membolehkan cadangan ini membuahkan hasil.
5. Kesimpulan
Saya percaya, konsep dan idea ini tidak terlalu sukar untuk diimplemantasikan.
AJK KEDAYAN diperingatkan tentang pledge-penawaran diri yang dibuat sebelum terpilih7 menjadi AJK KEDAYAN.
KEDAYAN dapat sedikit sebanyak berkhidmat sebagai cataylist dan meransang pembangunan masyarakat Kedayan dalam berbagai bidang.
Kedayan perlu bertindak dari sekarang, kerana kalau tidak ada kebanggaan sebagai seorang kedayan, KEDAYAN akan pupus.
Foresight dan reliablity adalah tungak dan kekuatan karaktor Kedayan disamping memiliki ilmu pengatahuan dimasa-masa akan datang.
Mengikut ‘kajian’ kaum Kedayan menyokong pendekatan ini- tujuan utama untuk membangun Kedayan tanpa mengira fahaman ideology dan inclination9.
KEDAYAN boleh memainkan peranan sebagai springboard kepada sesiapa yang ingin menjadi pemimpin6 dalam berbagai bidang.
Presiden KEDAYAN
15hb November 2000
Kota Kinabalu
END
Nota:
- Perkataan-perkataan Inggeris yang digunakan disini tidak semestinya membawa maksud yang sama bila di terjemahkan ke Bahasa Melayu-direct translation.
- Perkataan-perkatan italic yang digunakan disini mempunyai erti lebih dari satu.
----
Nota Kaki:
* Akan dibuat dikertas yang berasingan.
- Nama Persatuan sebelum ini ialah SEDAYA yang pendaftarannya dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun 1992. Encik Amde Sidik ialah merupakan Presiden kepada jawatankuasa protem yang menubuhkan Persatuan Kedayan semula dengan nama ringkasnya persatuan KEDAYAN bersama-sama beliau ialah: saudara Mahmud Osman, Jaidin Tamin, Jum Hj Abas, Yussof Osman,Tahir Muhsin, Arimi Sidek, Abd Rahmman Ahmad, Maun Mayassin, Abd Rahim Yakob, Yakup Sidek, Munai Hj Mamit, Azeiny Lamat, Masri Saban dan Harris Sambas.
- Lihat perlembagaan KEDAYAN artikal 2.
- Kedayan mempunyai media:laman web dan habaa kedayan dengan itu tidak ada sebab masyarakat kedayan tidak dapat mengikuti perkembangan KEDAYAN disamping akses kepada pegawai-pegawai KEDAYAN dengan mengunakan telefon biasa, telefon bimbit, fax dan sebagainya.
- Untuk mencapai objektif KEDAYAN pegawai-pegawai ynag terlibat kena berkorban dan committed to the pledge. Ini bukan glamour.
- Perancangan program mau pun jadual mesyuarat KEDAYAN adalah dirancang lebih awal dengan persetujuan kalau ada kerumitan yang mungkin timbul ianya harus dikemukakan sebelum dipersetujui. Perancangan seperti ini dapat mengelakkan kita membazir masa dan cost. Adalah tidak reasonable menarik diri –tidak menghadiri mesyuarat dengan tiba-tiba without reasonable excuse.
- Berkhidmat di sini saya maksudkan berkorban,terutma sekali dengan masa.
- Biasanya dikaitkan dengan political idealogy tapi nampaknya pengertian masih arbitrary
- Kedayan perlukan leadership yang berpanjangan bukan adhock dalam berbagai bidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!
This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc. ), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...

-
This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc. ), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...
-
25 Feb, Kota Kinabalu; KOL menerima segugus pantun yang bertali dari pembaca yang bersifat hiburan ;dan menarik dari para ahli KOL-Group ...
-
Saya rasa ramai (majoriti) masyarakat Kedayan daripada bahagian Limbang hingga ke Sabah tidak tahu bahawa terdapat kelainan dialek Kedayan ...