Tuesday, November 7, 2000

Laman Jenaka Engkek Dan Si-Palui


Bagi yang inginkan bacaan ringan, laman 

http://geocities.com/engkekjansipalui


tentu menjadi pilihan.


Laman Biro Hal Ehwal Agama KEDAYAN

Putaran laman yang lengkap untuk umat Kedayan

07 Nov 2000, Kota Kinabalu; Kesedaran untuk menerokai media IT semakin bertambah di kalangan anak kedayan yang perihatin. Hasilnya, kini kita mempunyai pusingan lengkap laman untuk Kedayan dengan usaha Biro Hal Ehwal Agama KEDAYAN.

Pengerusinya, Tn Hj Bagul Hj Bujang telah mengumumkan pembinaan laman ini yang boleh disusuri di alamat


Antara lain, laman ini menawarkan Usrah online dan bilik mesyuarat virtual untuk AJK Pusat KEDAYAN bermesyuarat. Sungguh mengkagumkan! Sekarang Kedayan boleh mempelbagaikan perhatian mereka, mana mana yang suka kepada berita semasa secara mingguan, KOL boleh dilawati. 


KEDAYAN ONLINE

Bot Mengangkut Babi Karam Di Sipitang - part 1

Bekalan Ikan Dari Sipitang Tercemar?

07 Nov 2000, Sipitang; Sang Mandau mempaehatikan sejak kebelakangan ini ramai penduduk Sipitang cuba mengelakkan dari memakan tangkapan perikanan dari Sipitang sendiri.

Sang Mandau cuba mendapatkan pandangan dari Jabatan Perikanan Siptang mengenai hal ini tapi tidak mendapat jawapan yang sewajarnya. Apa yang Sang Mandau perlu tahu ialah mengenai punca sebenar mengapa penduduk tiba tiba memilih untuk tidak memakan ikan yang ditangkap oleh nelayan Sipitang sendiri.

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa sebuah kapal membawa khinzir karam dalam perjalanan ke Labuan... benarkah begitu?

Sila berikan maklumat mengenai perkara ini kepada kami untuk pengetahuan masyarakat.

KEDAYAN ONLINE

END

Habaa KEDAYAN SUDAH TERBIT!

07 November 2000, Kota Kinabalu; Isu sulung Habaa KEDAYAN yang dilaporkan oleh KOL di dalam edisi lepas telah terbit. Perkara ini amat membanggakan kerana tidak ramai orang kita percara yang Biro Penerangan KEDAYAN di bawah pimpinan Sdr Arimi boleh melakukannya di dalam masa yang singkat. 

KOL telah menerima preview edition ini, dan mendapati berita yang diterbitkan adalah bermutu dan mengandungi pelbagai artikel yang menarik. Terdahulu dari itu, atas semangat setiakawan, KOL dan pengendali laman Engkek membenarkan Habaa KEDAYAN menyiarkan beberapa artikel untuk tatapan masyarakat yang lebih luas.

Harga langganan RM24 setahun. Sila hubungi Sdr Arimi melalui emel suinfo@kedayan.every1.net, kedayan@sabah.org.my atau no tel 088-496590 untuk keterangan lanjut.

Anda juga boleh mendapatkan isu preview ini secara percuma  dengan menghantar alamat pos anda kepada KOL melalui emel webmaster@kedayan.every1.net atau kenshiroe@yahoo.com.

Sokong kewujudan Habaa KEDAYAN!

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

Orang Kedayan Paling Rajin ~Elizabeth Mershon 1922

SUDUT SEJARAH ( History Corner)

Amde Sidik

According to Elizabeth Mershon in her book “With the Wild Men Of Borneo” Natural History Publications (Borneo) Sdn Bhd. 1999. pp50.

Borneo ... The villages near the coast and at the mouth of rivers are inhabited by Sulus, Illanos and Bugis. These are not natives of Borneo. The Sulus and the Illanos are from the Sulu Archipelago, and the Bugis are from the Celebes. The Sulus are very lazy, independent, and troublesome ... The Illanos are pirates.

The Kadayan are found on the shores of Brunei Bay, in British North Borneo. These are a small tribe, and are of Brunei origin. Next to the Dusuns, they are the most industrious natives of Borneo

The natives living in Brunei are called after the name of their country. They too are very lazy; but when have a mind to work, they make good fishermen.

I could not guess when was the visit to Borneo made, the only clue is that this book was first published by Pacific Press Publishing Association in USA 1922.

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

More Jokes, Please

OTHER KEDAYAN JOKES

ONLINE JOKES



We have some classic jokes here. We do not want to insult anybody here. Therefore whatever jokes appeared in this web is in fact  circulating within Kedayan community for years. If you have one other than above, please send it to webmaster via email.

JOKES FROM READERS

Laman Jenaka Engkek Jan Si Palui ~ part 2 Selamat Datang

SELAMAT DATANG


Ani tah laman kami dua. Maap saja, kami ni inda jua baapa pandai pasal ba laman web ani. Tapi kuang labih sabulan jua malihat, mancahai konsep yang padan jan kami. Bukan jua apa, kan njaga supaya sebahagian dai budaya kita inda lasap macam atu nganya. sayang kan.

Usaha kita kan mahimpun akan caita caita Si Engkek & Si Palui. Projek ani kita dama kan Engkek & Sipalui Project.




Banyak ni caita caita pasal kami.. Konsep caita kami ni andang tah tamasuk ka dalam kelas folklore. atau pun aesop fables, tapi mun kita kaji dalam dalam, ia tatap ada isi balumihkan satirical. Pendek caita, ia atu kritikan sosial bah.

Caitanya mana kian.....?

Anitah ku kan bapadah ni. Caita nya sama sama tah kita yang mahimpun akan. Siapa siapa yang ada caita pasal kami, post tia kamai, jadi kita lihat tah sama sama. Mun inda baapa sanunuh pun inda apa, webmaster nyusun babalik kamudian. 

lagi sabuting, kami picaya lumih engkek & sipalui daii perspektif dinamik . caita lisan hidup pasal tambah manambah yang inda baabis. jadi selain dai versi klasik, kamu dapat jua mbuat caita kontemporarari engkek kaangani. apa susah...

Bah,kiim tia, apa lagi ...

Pasal laman ani, ani pulang caitanya. Ruangan CAITA BASIA di subalah tu akan malihat akan samuha caita yang kamu antat. Lapas atu, mun kamu klik tajuk tajuknya di subalah atu, caitanya kalua tia sini aah mu mbaca kaangani ani.

Dapat jua kao:

Malihat Arkib Klasik
Malihat Arkib Kontemporari
Mam Pos caita klasik Engkek 
Mam pos kaangan bahau Engkek
Selain dai caita kami, laman ani jua ada jokes kedayan yang lain. cuba kao lihat pulang!

Malihat Arkib jokes Kadayan
Malihat Jokes Kedayan Yang Bahau Kana Kiim
Ngantat jokes Kadayan
mun inda tajumpa, cuba search pakai ani: 

Mancahai (Search) caita lain yang mangana 
Selain dai atu, andang tah damanya projek, mun kamu lihat caita yang kana pos tu inda mangana, ada komen, inda abis pasal ada sambungan dapat pulang kamu tambahi.

NOTA: mun kao mam pos caita bahau kao reload balik laman ani mun kan malihat samuha yang bahau. JAAN DITAKAN BALIK BALIK BUTANG 'ANTAT' TU YA, PASAL BANYAK KAANG CAITA MU TAMASUK.

Peringatan: Laman ini merupakan laman persendirian dan dikendalikan secara bebas oleh Engkek & Sipalui Project.  Semua bahan yang dihantar ke laman ini hendaklah semestinya  merupakan   pandangan  peribadi pengarang  yang  berkenaan. Webmaster  tidak  terikat dengan mana mana penyumbang serta pandangan mereka. Pembinaan laman dan penyelenggaraan oleh  amirul-hideout, Inc,USA. 

Copyright © 2000 amirul-hideout Inc. All rights reserved. Revised: Thursday, October 26, 2000 04:37:09 AM

Laman Jenaka Engkek dan Si-Palui - part 1 (Snapshot)

Lagenda satira ini popular pada tahun 1970an sehingga awal 1980an Di Kampung Pantai baru (juga dikenali dengan nama Kampung Masjid, Kampung Kawang Tali Air), Sipitang. Tidak dapat dipastikan dari mana asal usulnya, tetapi cerita jenaka ala Abu Nawas ini mempunyai banyak kisah lucu dan cerita pengajaran.

Kisah-kisah ini diabadikan di dalam laman


Snapshot laman web ini adalah seperti berikut






Thursday, November 2, 2000

Kedayan, Kedayan, Kedayan (Sarawak)

Sdr Aaron Bonafide memulakan kisah Kedayan Untuk pembaca KOL

2 Nov 2000, Miri; Khas buat tatapan semua Kedayan,

Assalamualaikum.........Bertemu lagi kita di ruangan ini. Kali ini saya ingin mengetengahkan beberapa kisah mengenai kaum Kedayan yang pernah saya baca.

KISAH PERTAMA

Kisah pertama ini saya perolehi dari buku ' The Oya Melanau' . Ini berkaitan dengan cerita beberapa orang tua Melanau mengenai Brunei . Cerita ini ditulis pada tahun 1950 di Bintulu Sarawak . Kisahnya berbunyi begini

 " ....Penduduk 'asel' Brunei adalah orang Kedayan dan kaum asli pedalaman. Kemudian tujuh orang bersaudara yang berasal dari Bukit Siguntang 'flew' ke Brunei lalu mendirikan sebuah rumah panjang. Mereka diketuai oleh Alak Betatar yakni abang yang sulung.

Suatu hari Semaun sedang beristirehat di tepi Sungai Brunei , tiba-tiba seekor ikan meloncat ke atas air dan percikan air itu terkena Semaun. Semaun marah dan cuba menangkap ikan itu tetepi gagal. Alak Betatar kemudian mencadangkan agar Semaun membuat perangkap dari kayu yang terdapat di Brunei . Akhirnya ikan itu pun dapat ditangkap lalu dibahagi tujuh . Mereka berpakat untuk terus menetap di Brunei . Lama kelamaan Alak Betatar menguasai Oya, dan Mukah .

Pada masa itu penduduk Brunei bertutur dalam bahasa Kedayan Brunei tetapi telah dipengaruhi oleh Melayu. "

Cerita ini sebenarnya lebih kepada asal-usul bandar Brunei berdasarkan legenda kaum Melanau .


KISAH KEDUA

Buku ' The Malays of North- West Sarawak' juga ada menyentuh sedikit mengenai kaum Kedayan

"....Walaupun kebanyakkan penduduk Islam di Sarawak diistilahkan sebagai Melayu tetapi kaum Kedayan dan Melayu Brunei dianggap sebagai berlainan berdasarkan faktor 'proto-historical' yang berkisar mengenai perlawanan ayam sabung di antara Sultan Brunei dengan Putera Majapahit yang mana kekalahan dialami oleh wakil Majapahit dan terpaksa membayar pertaruhan yang berupa hamba Jawa yang mana dikatakan adalah keturunan Kedayan sekarang ."

Juga ditulis

".....mereka ini dengan bangganya mengatakan diri mereka adalah Kedayan."

Berdasar satu catatan dari Jurnal Muzium Sarawak ada dinyatakan mengenai Kedayan.

".......Sultan Tengah (Sultan Sarawak pertama dan terakhir ) telah berangkat ke Sarawak dengan diiringi oleh 1000 panglima dan hulubalang yang terdiri daripada kaum Kedayan, puak Sakai dan penduduk Pulau Bunut. Kebanyakkan diantara mereka adalah keturunan Melayu Sarawak sekarang."

Saya rasa setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan bersama.

Aron Bonafides bin Safar bin Haji Boben bin Haji Dohak bin Haji Abdul Ghafur .
Miri-Sibuti.

namecode_cg01@yahoo.com or namecode_cg02@yahoo.com

Sipalui- Aku iski ndangaa pasal kisah mu yang kadua, pasal sabung hayam.

Siengkek-Sdr Aaron teruskan perbincangan ini sehingga kita boleh mencetuskan polimek ilmiah dan mencapai teori yang konkrit mengenainya.

END

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 1

2 Nov 2000, Sipitang; Sdr Aaron dan lainnya  memang lebih dari satu sumber yang menyatakan bahawa Kedayan mungkin berasal dari Kerajaan Majapahit. Namun punca mereka datang ke Borneo mungkin berlainan dari satu sumber ke satu sumber yang lain.

Sumber kami menyebut begini. Masalahnya buku terpenting di dalam sumber berkenaan saya sendiri belum jumpa.

A. BAGAIMANA KEDAYAN MULA WUJUD?

Berlaku satu  rancangan perkahwinan di antara Puteri Raja Majapahit dan Sultan Brunei lebih kurang 400 tahun yang lalu. Kata sepakat telah dicapai. Kemudian satu rombongan pengantin tujuh buah kapal berangkat ke Brunei dari Majapahit.Ahli ahli rombongan beliau  bersama hulubalang dan dayang dayangnya dihantar ke Brunei untuk maksud berkenaan.  Rombongan ini diketuai oleh Panglimanya yang bernama Tun Manja Lela* (quite a strange name for a Kedayan gentleman, I might say). Hipotesis kami ialah sumber ini menjadi keliru mengenai siapa puteri , siapa panglima kerana nama sedemikian lebih dekat kepada nama puteri

Dari sini dari sini nama Kedayan mula timbul. Semua anak kapal beliau dinamakan kedayan kerana “Kedayan” adalah merangkumi semua yang ada di di dalam rombongan berkenaan, kecuali sang puteri sendiri. Kedayan adalah pengiring beliau dan ini tidak mengira samada mereka adalah keturunan bangsawan atau orang kebanyakan. 

Semuanya termasuk pahlawan, hulubalang, pegawai, ningrat, raden, dayang dayang dan hamba hamba yang sebenar adalah digelar sebagai Kedayan kerana; kedayan bermaksud orang yang tertakluk kepada pemerintah, khadam kepada raja atau dalam bahasa kasarnya; HAMBA. Buku mitos-sejarah, “Hikayat Hang Tuah” yang di karang sekitar abad ke 17 – 18 menerangkan sedikit mengenai definasi Kedayan ini ini kepada kita.

Hamba? Apa kah kedayan berasal dari hamba? TIDAK SEMESTINYA!

Dari gambaran di atas rombongan puteri, kita boleh fahami bahawa label kedayan (hamba) itu lebih merupakan  pernyataan bersifat “metaphoric”. Ia bukan seperti hamba, khadam atau hulun takuyung seperti yang kita sering gambarkan. Sesiapa sahaja boleh bersetuju bahawa dan faham bahawa pengiring puteri berkenaan terdiri bukan sahaja dari golongan hamba sahaya; tetapi sebahagian besarnya adalah golongan bangsawan, pelayar dan pahlawan terbilang; serta terpilih dari kalangan oranga yang terbaik dari kalangan orang Majapahit. Ini kerana mereka mempunyai tiga tugas utama, menjamin keselamatan anak raja, diplomat  dan kemahiran mengenai selok belok ilmu pelayaran kerana perjalanan yang ditempuh dari tanah Jawa Ke Borneo adalah jauh dan sukar. Malah untuk menjawat jawatan hulun takuyung sekalipun, sang puteri tentu memerluka hulun yang terbaik untuk rombongan yang sedemikian rupa.

Jadi Kedayan hanyalah adalah istilah merendah diri dan digunakan sebagai perlambangan. Lambang sahaja. Ia tidak lebih dari cara dan bahasa orang nusantara berbahasa dengan pemerintah. Bagi kerajaan tradisional nusantara; selain daripada  Raja, semua individu lain adalah hamba. Buku mitos-sejarah yang lain Sejarah Melayu pernah menyebutkan bahawa sehinggakan Bendahara sendiri mengaku bahawa dia adalah hamba kepada raja. Walaupun Buku ini tidak dianggap sebagai buku sejarah sepenuhnya,R.O.Winsteadt iaitu pakar sejarah Melayu banyak menggunakannya sebagai platform untuk meneruskan kajian beliau secara ilmiah.

Selain daripada raja adalah hamba, itu adalah pernyataan hakikat. Maksudnya semua, termasuk kedayan, orang brunei(?), pangeran, menteri, pehin, awang dan dayang adalah hamba kepada raja yang memerintah kerajaan brunei. Tetapi ini menimbulkan persoalan lain. Hamba kepada siapa? Raja Brunei? Masalahnya begini, Awang Alak Batatar sendiri besar kemungkinan bukan seorang melayu; atau beliau seorang adalah proto-malay. Satu asas hipotesis yang semakin banyak diberi penekanan ialah nama beliau sendiri- betatar. 

Tunjukkan apa maksudnya tatar, bukan kah ianya amat hampir  bererti tatto? Di Borneo, orang orang melayu tidak dicatatkan di dalam sejarah sebagai orang yang mengamalkan budaya mempunyai budaya tatto. Baginda hanya menjadi Islam dan menukar nama menjadi Sultan Muhammad setelah bertemu dengan pedagang arab yang bernama Maulana Sheikh Abd Aziz (?)*.

Bersambung pada isu yang akan datang……

BIIK-BIIK

END

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...