Lokasi: Kg. Luagan, Sipitang
Saturday, December 30, 2000
Gambar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Luagan
Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.
Lokasi: Kg. Luagan, Sipitang
Lokasi: Kg. Luagan, Sipitang
Malam Mesra KEDAYAN Kg Luagan digamatkan oleh Pertandingan Pakaian Beragam
30 Dis, Sipitang- Majlis anjuran gabungan KEDAYAN dan JKKK Kg Luagan, kira kira 21 KM dari sini menjadi gamat dengan Pertandingan pakaian beragam. Para pemimpin kampung turut menujukkan semangat kesukanan apabila menyertai pertandingan berkenaan.
Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini.
Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini.
Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan.
KOL
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Menurut Sdr Kasa Saidi AJK KEDAYAN PUSAT yang menjadi pengerusi penganjur malam berkenaan, majlis ini diadakan oleh gabungan tenaga KEDAYAN dan JKKK untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Raya pada Tahun ini.
Gambar-gambar sekitar majlis boleh dilihat di sini.
Presiden KEDAYAN, Sdr Amde Sidik dan rombongan turut dialu alukan dimajlis berkenaan yang juga diselang selikan dengan Pertandingan Nyanyian, Ratu fesyen Kanak Kanak dan Majlis Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan Sukaneka. Di dalam majlis yang sama beberapa orang hadirin yang ditemui menyatakan rasa terharu mereka kerana kesanggupan Sdr Amde datang dari Kota Kinabalu bagi menyertai majlis berkenaan.
KOL
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Lingkungan
Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.
Lokasi: Kg. Lingkungan, Sipitang
Lokasi: Kg. Lingkungan, Sipitang
Belia Kg Lingkungan sedia bekerjasama untuk memajukan KEDAYAN
30 Dis, Lingkungan- Sdr Baharudin Hj Lamit, Pengerusi JKKK Kg Lingkungan Laut menyatakan bahawa beliau bersama sama belia Kampung ini bersedia untuk bekerjasama dengan KEDAYAN demi memajukan bangsa. Perkara ini dinyatakan kepada Presiden KEDAYAN Sdr Amde sempena Majlis Malam Mesra Aidil Fitri 2000/2001 Anjuran Belia JKKK Kg Lingkungan yang diadakan pada hari ini.
Kesediaan beliau turut disokong oleh pengerusi Penganjur, Sdr Abu Bakar Hj Lamit. Dalam majlis berkenaan, pelbagai acara diadakan termasuklah Pertandingan Ratu Fesyen Kanak Kanak, Pertandingan Lagu Lagu 60an, Bintang Kanak Kanak dan Pertandingan Bunga Hati Hati. Penyampaian hadiah bagi acara acara sukan yang telah dipertandingkan pada sebelah siangnya turut diadakan.
Antara tetamu kehormat yang berkunjung pada malam itu termasuklah ADUN N.23 Lumadan, YB Pn Surinam Hj Sadikum, Sdr Amde Sidek dan Sdr Ahmad Hj Mumin.
KOL
END
Friday, December 29, 2000
Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2000 ~Bangsal
Himpunan gambar-gambar sekitar majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri (27 Dis 2000) pada cuti hujung tahun.
Lokasi: Kg. Bangsal, Sipitang
Lokasi: Kg. Bangsal, Sipitang
Majlis Malam Mesra KEDAYAN KG Bangsal Mengalami gangguan Elektrik
29 Dis, Sipitang- Majlis meriah yang diadakan di Kg Bangsal, kira kira 19 KM dari sini tergendala kira kira 35 minit kerana gangguan elektrik yang bermula kira kira pukul 9.55 malam.
En Husin Sahat, Kakitangan SESB yang turut berada di majlis berkenaan menerangkan bahawa perkara ini agak di luar kawalan SESB kerana loji bekalan tenaga elektrik datang dari SFI Industries Sdn Bhd dan bukan dari SESB sendiri.
Kejadian berkenaan menimbulkan rungutan dari ramai hadirin yang menyatakan ianya sering terjadi di kawasan kampung, terutama di musim perayaan seperti ini.
Di dalam perkembangan lain pula, Sdr Amde , Presiden KEDAYAN yang menjadi tetamu kehormat malam berkenaan menyatakan kepada KOL bahawa beliau merasa bangga kepada Cawangan KEDAYAN Kg Bangsal kerana komitmen mereka untuk bergiat aktif di dalam persatuan demi memajukan bangsa. Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak Kedayan yang akan tampil untuk menabur bakti dan mengaktifkan persatuan.
KOL
END
Friday, December 22, 2000
Kedayan boleh?
Pengalaman selama Lima bulan bersama AJK KEDAYAN 2000
Arimi Sidek
Ramai rakan rakan intelek saya suka berdiskusi secara provokatif dan sinis bila menyentuh KEDAYAN. Ada satu soalan yang paling , paling ringkas merupakan favorite mereka dalam setiap diskusi. Soalan berkenaan ialah
Sehingga kini apakah rupa KEDAYAN secara deskriptif?
Soalan ini ringkas, tetapi ia mengundang kebijaksanaan untuk dikupas secara jitu.
Selaku Setiausaha Penerangan saya perlu menonjolkan imej yang terbaik untuk persatuan saya. Setahu saya pula rupa kedayan bermula dari 22 Julai 2000 dengan AGMnya yang pertama. Dalam masa yang sama saya selalu teringat seruan Sdr Presiden pada Mesyuarat AJK Pusat pertama bahawa budaya pengurusan telus perlu diamalkan.
Agak malang bagi saya berbanding dengan AJK lain kerana saya perlu bekerja dua kali ganda lebih kuat daripada mereka. Pertama, sama seperti AJK lain, saya perlu menggerakkan Biro yang baru sahaja diwujudkan. Semua kerja biro perlu saya lakukan sendiri sebaik mungkin. Yang amat penting, sehingga kini perbelanjaan kerja persatuan adalah saya tanggung sendiri. Kedua kerana presiden kebetulan adalah abang saya yang sulung. Biasanya orang lebih cenderung melihat saya berada di dalam KEDAYAN kerana abang saya, bukan kerana kebolehan saya sendiri. Dilema begini juga dialami oleh Dr Jeffery G Kitingan, Anak anak Datuk Seri Dr Mahathir, Anak Lee Kuan Yew dan ramai lagi.
Berbalik kepada persoalan tadi, biasanya saya cuba menerangkan secara begini:
Rupa KEDAYAN yang saya kenali terbahagi kepada 5 muka:
1. Muka Penuh- Semua AJK bersetuju KEDAYAN perlu mendapatkan sumber kewangan. Tanggungjawab berat menunggu Sdr Abd Rahman!
2. Muka Utama- Majoriti AJK pusat ingin melihat KEDAYAN menjadi badan yang bebas, kontemporari dan pro aktif.
3. Muka Besar- AJK juga berpendapat disamping perkara di atas, KEDAYAN perlu menumpukan kepada hal hal pembangunan ekonomi.
4. Muka Kecil- Sebilangan AJK berpendapat KEDAYAN harus menguatkan kedudukan ahli ahli politik Kedayan yang ada, harus menyokong dan mendampingi mereka.
5. Muka Corot- KEDAYAN seharusnya menumpukan perkara asas terlebih dahulu untuk menguatkan foundationnya. Ini bermaksud, ambil ahli, pungut yuran, kemaskan pentadbiran, cekapkan komunikasi dan gerakkan biro masing masing.
Jika anda tertanya tanya, saya akui saya berada di dalam muka 5!
Arimi Sidek
Setiausaha Penerangan KEDAYAN
END
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.
Tahniah Kedayan Online ~Kasim Rajab
Kasim Rajab
Tahniah sekali lagi
Oang di Central Borneo - Bintulu
END
TAHNIAH ... kerana ada juga orang prihatin terhadap uang bohor. Keep it up , I 'll tell paadian yang lain about this and sekurang-kurangnya kita dah masuk era IT .
Oang di Central Borneo - Bintulu
END
Tabigan: Kedayan berasal dari hamba
Ani bacaita pasal asal usul bangsa Kedayan.Kalau inda ku salah ada di antara yang menulis di KOL ani bapadah bahawa Kedayan atu berasal daripada pekerjaan maupun jawatan yang disandang pada suatu zaman yang lampau sehingga ianya kekal seolah-olah sebagai keturunannya. Perkara ini memang ada logiknya dan inda pulang ku menafikan.
Tapi macamana pula dengan apa yang pernah ku dengar daripada seorang Pensyarah di 'U' yang mana janya Kedayan ani kemungkinannya berasal dari sebelah Indonesia dan orang-orang ani telah dijual atau diperdagangkan sebagai hamba di kedai-kedai pada suatu ketika dahulu. Oleh kerana menjadi kebiasaan orang-orang ani dijual di kadai macam baang-baang runcit jadi orang yang dibali oleh tuannya ani dinamai sebagai Kedai-an (Kedayan) untuk membezakan orang ramai daripada orang yang asalnya dijual di kadai-kadai ani.
Jadi lama-kelamaan apabila Agama Islam telah masuk ke Asia Tenggara maka sistem jual orang ani telah hapus sedikit demi sedikit. Justru ramai jualah yang telah dimerdekakan orang-orang Kadai-an ani oleh tuan-tuan mereka. Oleh kerana mereka pun tidak mengetahui asal usul suku kaum sebenar mereka maka apabila mereka berkahwin dan beranak pinak, apabila ditanya apa bangsa keturunanmu maka telah dikatakan sebagai Kadai-an (Kedayan). Penjualan hamba ini sebenarnya tidak terhad di Indonesia, malahan telah dibawa juga oleh pedagang ke Brunei, Sarawak dan Sabah kerana para pedagang ini berkeyakinan bahawa orang yang hendak dijual (Kadai-an) ani pasti laku kerana mereka kuat bekerja, rajin serta mempunyai komitmen yang jitu ke atas amanah yang telah diamanahkan.
Oleh sebab atu orang Kedayan kaang ani jika ada peluang untuk berjaya pasti berjaya. Janya orang Saawak Kedayan ni imbas-imbas Foo Chow. Bana kaitu. Mungkin selama ani hidup dalam tekanan atau sengaja ditekan oleh bangsa lain.Jadi terpaksalah bakaih labih dikit supaya dapat hidup lebih baik sedikit. Kalau inda ibarat 'asal bapucuk atau balunggah kana papat'. sabab atu biani ada yang terpaksa bajala mantak,guis, dsb. kalau inda, inda ada paluang bah kan hidup bausai-usai dikit kan kana ucap akan tia nganya.
Bah sudah dahulu ilain lagi.Caitaku tu mungkin jua dongenglah sebab aku tadangaa secara lisan nganya.
Tabigan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2000
KOL Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dan Selamat Tahun baru 2001.
Kemaskini KOL yang akan datang hanya akan dibuat pada 5.1.01 kerana Webmaster mulih ke kampong. Aah ku alum ada letrik jamu!
Ani kad kiiman dai Siengkek jan Sipalui kan kamu samuha....bergembira
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!
This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc. ), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...
-
18 Feb, Kota Kinabalu; Isu penggiliran Ketua Menteri hangat di habaa habaa akan di sana sini. Samuha pamaimpin naagi mun kana tanya bapada...
-
This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online (of PAADIANInc. ), Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...
-
25 Feb, Kota Kinabalu; KOL menerima segugus pantun yang bertali dari pembaca yang bersifat hiburan ;dan menarik dari para ahli KOL-Group ...





















