Wednesday, September 27, 2000

Globalisation vs localisation

27 Sep 2000, Kota kinabalu. Tajuk yang canggih. Globalisation (- melayunya globalisasi) merupakan retorik dan jargon yang amat popular yang meniti dari mulut ke mulut pada masa sekarang, yang digelar juga sebagai zaman IT. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan ini? Secara dasarnya ia bermaksud proses / usaha / fenomena yang menjadikan dunia seolah olah menjadi satu kampung yang kecil sahaja, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan penyebaran berita, kejadian, perniagaan dan sebagainya. Pelik? Tidak. Tidak jika perkara ini digandingkan dengan mitos Ledakan Informasi. Dunia Siber memungkinkan perkara ini digapai didalam masa masa yang mendatang. Perkembangan IT adalah sangat cepat, malah rupa bentuknya yang sebenar belum diketahuioleh sesiapa pun memandangkan era IT masih berada pada peringkat bayi.

Jadi globalisasi juga masih belum diketahui rupa sebenarnya pada masa ini. Oleh itu persoalan globalisasi adalah sangat umum dan luas. Tetapi unsur globalisasi sebenarnya telah terjadi dengan tidak sengaja seawal awalnya pada tahun 1930an dengan perluasan siaran radio. Pengenalan kepada peti television bermula 1964 juga mempercepatkan proses ini. Tidak hairanlah, buka saja mata, pasang TV kita akan mendengar apa yang terjadi di Kuala Lumpur , di Bandar Seri Begawan malah seluruh dunia. Inilah cebisan dunia tanpa sempadan!.

Tetapi di dalam arus globalisasi ini, pernahkah kita terfikir tentang localisation? maksudnya, apa yang berlaku dikampung sebenar kita, di daerah kita, di rumah sebelah, jiran; yang berada di sekeliling kita. Tidak usah pergi jauh, lihat rancangan TV di negara kita. Saban hari kita mendengar mengenai apa yang berlaku di Kuala Lumpur, Kelantan, Kedah, sampai berita ahli bomba Kelang menyelamatkan anak kucing yang tersangkut di pokok pun kita boleh dapati di rancangan berita utama.

Bagaimana dengan berita mengenai daerah Sindumin,Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Miri dan tempat tempat di mana kita sebenarnya berada? Mustahil kita tiada sebarang berita untuk dilaporkan. Tentu, kita boleh berhujah bahawa berita dari Sipitang misalnya tidak boleh disiarkan selalu kerana pejabat stesen TV kebanyakannya berada di Kuala Lumpur. Tetapi kita harus ingat globalisasi ialah satu bentuk perhubungan dua hala. Sekiranya kita dihidangkan dengan berita dari luar setiap hari, maka logiknya, orang luar juga perlu hidangan dari kita.

Membuka stesen TV untuk Sipitang atau Beaufort adalah tidak mungkin di dalam masa yang terdekat ini. Tetapi era IT menyediakan platform yang lebih mudah untuk kita iaitu melalui penyediaan website yang bersesuaian.

Nuba di Sungai Mengalong? Jambatan Sipitang?. Tajuk berita berkenaan agak pelik bunyinya. Pelik kerana kita selalu disogokkan dengan masalah nelayan di perairan Malaysia-Thailand dan Jambatan Pulau Pinang. Asing bunyinya sehingga menimbulkan kontraversi, tetapi di dalam masa yang sama ia amat menarik. Ia hanya boleh didapati di KOL dan usaha ini patut diteruskan. Globalisasi yang keterlaluan selama ini membuatkan kita merasa asing dengan persekitaran kita sendiri. KOL kadangkala amat mengejutkan dan membuat kita sedar bahawa Sipitang dan daerah daerah lokal masih wujud didunia kita. Akhir kata, Globalisasi  sewajarnya tidak mengabaikan lokaliti di mana kita berada.

END

ARIMI SIDEK


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...