Friday, September 1, 2000

Kedayan Online berpisah dari Persatuan Kedayan Sabah

01 September, 2000. Persatuan Kedayan Sabah, melalui Biro Penerangannya memutuskan untuk membuat laman web rasmi untuk persatuan sendiri mulai dari hari ini. Laman baru ini dikenali dengan nama Laman Kedayan dan boleh anda kunjungi di alamat URL


Laman ini akan dikendalikan terus oleh persatuan melalui Jawatankuasa Kecil Penerangan dan dijangka akan dikemaskini dua kali sebulan.

Sehubungan itu pihak Persatuan Kedayan Sabah mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pihak Kedayan Online yang telah sudi menawarkan khidmat menyelanggarakan laman web untuk persatuan Kedayan selama ini.

Di dalam perkembangan yang lain, jurucakap PaadianInc. berkata pengasingan ini akan membolehkan  KOL berkembang dengan lebih jauh dan bebas di dalam melaporkan berita. KOL sendiri pada masa ini telah mempunyai sejumlah pengunjung setia yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat kedayan.

END

KEDAYAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...