Saturday, November 11, 2000

Perbezaan Orang Kedayan Dan Orang Brunei

Respon Pembaca mengenai perbezaan orang Kedayan dan orang Berunai

Sebenarnya  kalau  mengikut  fakta  sejarah kita asalnya  satu rumpun  yang  saling  rapat. Status kita  dalam  kaca mata  sejarah  jauh  lebih tinggi daripada  suku  kaum  brunei.  Malangnya  kerana sikap  kaum  kita  yang  selalu  menjadikan  satu-satu  isu  sebagai  acuh  tak  acuh  telah  menjadikan kita  dianggap  tertinggal  daripada  suku  kaum brunei.


Pada saya yang  jelas  perbezaan  antara  kita  ialah dari  segi  ketaataan  kepada  agama  dalam  amalan harian.  Selain  itu  yang  agak  jelas  ialah  sikap kita  yang  kurang bersatu  dibandingkan  dengan mereka.  Kita  boleh  kira  dengan  jari  berapa orang  keluarga  kita  yang  boleh  tinggal  serumah dengan  banyak  keluarga,  jawapannya  tidak  ada. Tapi  mereka  banyak.

Selain  itu  kita  boleh  lihat  dari  segi perancangan untuk  menarajui  sesuatu.  kaum  kita berjaya  secara  bersendirian  tanpa  cuba  melatih  pelapis.  Akhirnya  saya  bimbang  oleh  kerana  suku kaum kita  suku kaum yang  suka berpuak-puak dalam bilangan yang  ramai   akan  menyebabkan  kita  akan kehilangan  wakil  dalam  kerajaan  kita. Mereka  juga  bijak  mempergunakan  orang  untuk mencapai  hasrat mereka.  Malangnya  kita  bijak menjatuhkan  diri  kita  sendiri! Terima  kasih  ,  saya  akan  terus  membuat  komen mengenai  tajuk  ini.


Mudah-mudahan  hasrat  murni  kita  untuk  menyatukan suku  kaum  kita  agar  dihormati  dalam  negeri  dan negara  kita  akan  tercapai.
Assalamulaikum warahmatullahhi  wabarkatuh...

KULA HJ MAMIT

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...