Thursday, February 1, 2001

Amde, tokoh Kedayan paling popular

1 Feb, Kota kinabalu; Sdr Amde Sidik Presiden KEDAYAN telah muncul sebagai tokoh Kedayan yang paling popular di kalangan para pengunjung KOL. Keputusan ini diistiharkan setelah mini undi dijalankan di KOL sejak 20 Oktober 2000 yang lalu.

Statistik yang mengejutkan ini diperolehi setelah topik berkenaan ditamatkan hari ini, iaitu setelah berjalan  kira kira empat bulan. Daripada 81 pengundi, 68 orang iaitu kira kira 84% telah memilih beliau berbanding dengan 3 orang (4%) memilih YB Datuk Hj Sapawi dan 2 orang (2%) memihak kepada YB Datuk Dr Yusof.


Siapakah tokoh Kedayan yang paling popular sekarang ini?



Pengundian yang dijalankan oleh KOL selama empat bulan ini adalah adil dan mempunyai ciri ciri keselamatan yang terjamin. Di antara ciri yang dimaksudkan ialah seorang pengunjung hanya boleh mengundi satu isu pada setiap hari, walaupun isu isu yang diundi ditunjukkan secara rambang di mana isu yang dikeluarkan adalah berlainan setiap kali dikunjungi.

Mengenai jumlah pengundi pula, KOL dalam satu kenyataan berkata jumlah pengunjung aktif (maksudnya turut mengundi bila melawat) KOL amatlah kecil. Mengikut statistik yang dilakukan oleh sebuah badan penyiasat tren pengunjung, pelawat KOL kebanyakkannya hanya berminat untuk membaca berita dan melihat perkembangan baru, tetapi kurang mengambil bahagian di dalam forum, pengumuman, mailing list serta pengundian.

Keputusan Isu isu yang lain turut diutarakan disepanjang tempoh berkenaan ialah seperti berikut:


Bagaimana prestasi Sdr Amde memimpin KEDAYAN setakat ini?



Apakah YB Datuk Sapawi telah menjalankan tugas beliau sebagai ADUN dengan baik?

 


Bagaimana prestasi YB Datuk Dr Yusof selama menjadi Ahli Parlimen Sipitang?



Apa pasaan mu kan Kedayan Online?



Wajarkah Engkek dan Sipalui terus menulis di Kedayan Online



Baapa laju kah jalan ka Sipitang dibuat?



Apa Paasaan kamu kan Jambatan Sipitang tu?


Semua keputusan ini ada disimpan pada ruangan "view archive" di sub-laman pop-up (laman ini keluar bila selepas anda mengundi , di mana ia juga merupakan ruangan statistik pengundian) .

Sebanyak 5 isu baru akan diutarakan bermula hari ini. Oleh itu adalah diharapkan pengelibatan para pengunjung akan bertambah di masa hadapan.

KOL

END.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...