Sunday, February 25, 2001

Mendengar Hantu "Sabut"

Berikut ini ialah satu cerita yang diterjemahkan oleh Sdr Fodzay, untuk tatapan pembaca. Ia merupakan pengalaman seorang pemuda dayak di sebuah kampung Kedayan

"Hari ini saya akan menceritakan pengalaman saya merantau ke kampung Kedayan di Bekenu. Selamat malam sekali lagi serta terima kasih kepada unggal (gelaran saudara) Bujang Jagau kerana sudi mendengar pengalaman saya ini. Seperti yang telah saya katakan tempoh hari, kalau sesuatu itu sudah menjadi minat (hobi), tidak sedap rasanya kalau sudah lama tak melakukannya.

Macam tulah dengan saya, kalau dah lama tak masuk hutan  rasa rindu pula. Pengalaman saya kali ini, kami merantau di kampung Kedayan di Bekenu. Kampung itu tidak jauh dari tebing sungai. Masa itu saya berkerja di kem Kayu dari hulu pasar Bekenu. Disebabkan  tidak ada apa yang hendak dilakukan pada hari itu, kami bercadang untuk pergi berburu. Tempat yang hendak dituju itu adalah kawasan paya serta berapong (nipah). Nyamuk terlalu banyak. Kami ada lima orang. Seorang daripadanya adalah budak yang baru lepas sekolah. Budak itu selalu terhegeh-hegeh semasa bergaul. Maknanya selalu mempermainkan kami yang lebih tua daripadanya.

Ketika berada di dalam hutan pantang larang sentiasa ada. Saya memberitahu budak itu supaya jangan bersiul. Tetapi dia tidak memperdulikan larangan saya itu. Dia terus bersiul. Saya memang mengagak kami tidak akan memprolehi apa-apa kerana orang yang menemani kami tidak sesuai. Disebabkan terlalu marah tidak mendapat apa-apa budak itu terus bersiul.

Lebih kurang jam 8 malam ketika kami baru saja lepas makan, tiba-tiba kami mendengar suara kanak-kanak menangis. Bunyi tangisan itu seolah-olah suara kanak-kanak yang baru lahir. Bunyi tersebut kadang-kadang kedengaran jauh dan kadang-kadang dekat dengan kawasan kami. Ke lima-lima kami saling berpandangan. Budak yang bersikap terhegeh-hegeh tadi berasa teramat takut dan mukanya menjadi pucat.

Kemudian saya menasihati dia supaya mendengar nasihat orang tua serta menghormati pantang larang ketika memasuki hutan lebih-lebih lagi kawasan hutan yang tidak pernah dimasuki orang.

Jikalau ada bunyi menangis di dalam hutan seperti yang kedengaran ini ianya dikatakan oleh orang Iban sebagai "sabut". Ianya berlaku disebabkan oleh bunyi-bunyi binatang dalam hutan. Kadang-kadang ketika bunyi itu terjadi ada benda lain yang mengelilinginya.

Budak itu tadi terlalu sangat hendak mengajak pulang, tetapi segelintir daripada kami masih hendak menunggu, sebab pengkalan berada sangat jauh daripada kawasan kami. Mendengar kata putus daripada kawan-kawan saya terus mengajak mereka supaya menyiasat benda yang berbunyi itu tadi sebelum benda lain terjadi. Kami terus menyiasat dan bersedia menggunakan senapang  masing-masing. Tidak lama selepas penyiasatan dilakukan , tiba-tiba saya ternampak seekor burung helang yang sedang mengias-ngiaskan (baki'ik) bulunya dalam keadan terbalik (kepala di bawah badan di atas). 

Saya terus menembak burung helang tersebut. Selepas itu tiada lagi kedengaran bunyi kanak-kanak menangis. Oleh sebab itu lah jika kita hendak pergi ke hutan kita jangan sekali-kali bersiul serta bercakap takbur kerana banyak perkara yang boleh berlaku.

Esok saya akan datang lagi untuk menceritakan cerita yang lain serta petua lain ketika berburu di dalam hutan."

Yatah ngaya dapat ku buat ni kalau ada yang inda luus tu minta maaf tah ku tu.

Sekian ... Uang Kedayan Lawas...

KOL

End

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...