Saturday, September 1, 2001

Kelainan Dialek Kedayan Sibuti

Saya rasa ramai (majoriti) masyarakat Kedayan daripada bahagian Limbang hingga ke Sabah tidak tahu bahawa terdapat kelainan dialek Kedayan Sibuti dengan dialek Kedayan di tempat lain.
7 April 2001
Di sini saya paparkan beberapa kelainan yang terdapat dalam dialek Kedayan Sibuti:

(i)     salajuu = selalu
        Jika di tempat lain ianya bermaksud terus (taus)

(ii)    itu' = itu
        Jika di tempat lain disebut atu'

(iii)   Hamba' = Hodoh / bida' / baupa'
        Di tempat lain tidak dengan perkataan hamba' untuk maksud hodoh

(iv)   Apa' pulang?
        Di tempat lain di sebut "apa' kian"?

Sekian dulu untuk kali ini.

Foudzay Adis



Respon 1

Perkataan (i) dan (iv) tu yang banaanya sama jua macam yang ditutuankan
oleh wang Kadayan Mesapol.Mangkali sabab wang Kedayan Mesapol ada jua
yang katuunan dai Sibuti. Kandila ku mahunjaa padean di Sibuti melalui
perbincangan kumpulan ani.

Wassalam


Hj. Masood.


Respon 2

Pada majlis ramah tamah Aidiladha anjuran Persatuan Islam Bahagian Limbang (IKBAL) semalam saya sempat menemui Dr. Zaini dan berbual dengan beliau. Saya cuba kemukakan persoalan tentang standard ejaan dalam bahasa Kedayan.
Ekoran daripada perbualan kami, jadi disini sayang ingin memberi cadangan (cadangan nganya, haap-haap ada komen, nyaan ditaima bulat-bulat) standard ejaan yang perlu kita perbetulkan.

Seperti yang kita sedia maklum sebutan kedayan kebanyakannya terdapat seolah-olah huruf (k) di hujung huruf sesuatu perkataan. Tapi kalau dalam tulisan jawi ianya lebih tepat dengan penggunaan huruf hamzah.

Berikutan daripada itu sering kita terbaca penggunaan huruf (k) di hujung sesuatu perkataan, cth: tahuk, anik (tahu, ini).
Jika kita perhatikan daripada ejaan tersebut sebenarnya ia tidak membawa erti kepada perkataan yang dimaksudkan. Contohnya 'anik', maksud yang ingin disampaikan adalah 'ini' tapi pada erti kata sebenar ianya membawa maksud 'kecil' atau 'kerdil' bentuknya, anik = kecil. 

Contoh ayat: "Anik-anik buahnya inda lan(baapa) baisi'."

Jadi untuk memastikan sesuatu perkataan itu tidak membawa kepada maksud lain apa kata kita perkenalkan penggunaan tanda (') pada setiap hujung perkataan yang berkaitan. 

Cth: bahau' = baru , ani' = ini

Tapi jika terdapat imbuhan selepas perkataan tersebut tidak perlulah penggunaan tanda ('). Cth: bahautah = barulah    anitah= inilah.

Dr Zaini juga bersetuju bahawa ejaan Kedayan sepatutnya dieja dengan Kadayan.

Udah tia' dulu' untuk kali' ani', kiim-kiim akan komen kamu' jua'.

Foudzay Adis  


Respon 3

bah....hajik...baik bana niatmu tuk jaan susah, kami uang kedayan di Kuching anik tatap nungguk kamu. Bai tahuk saja kamik.

Insallah kami nungguk.Kontek saja akuk anik, setiausaha kadai kupik, tel: 082-447126

Hagutnya kami bahimpun sebulan sekalik, makan minum bah.
Kami adak juak uang yang buleh bekongsi pikian tentang hal-hal semasa dan caita uang kedayaan.

Indak juak supan hantap,tapi ukan kan ambung...indak baik ambung.....maah basiak uang tuhak.

Mun kan tahuk geng-geng kami di kadai kupi, Prof Madya Dr Zaini Assim, Dr Hj Julaihi Hj Bujang, Ir Puasa Hj Pandin, Wahab Hj Drahman, Abd Gani Kamit, Hashim Lazim, dan Abd Karim Salleh.

Samuha kamik anik batutu kedayan.....ingau dangan ndanga

sekian; 

yunus hj taib


Respon 4


Assalamaulaikum!

Bagus tah kita ada network ani. Ada bahasa lama-lama atu, boleh tah kita sama-sama kemukakan. Aku ani tangah ngumpulakan perkataan kadayan yang lama-lama atu.Banyak yang inda ku tahu. apatah lagi aku ani batah aah tempat dangan. Daie damit lagi bersekolah di malaya.

Sini ada jua kan ku baitahu perkataan orang kadayan dahulu.

Kalau ada owang meninggal. Kalau dahulu, dibaitahu....

"Nuhuun tia nemu kalamie wang ...." Maknanya sudah meninggal nene kalamaie.

Tapi,  Masa ani dibaitahu....


"Meninggal tia nemu kelamaie...."


Prof Madya Dr Zaini @Zani Assim

End


Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...