Tuesday, May 22, 2001

Maraba kampung Kedayan yang makmur

22 Mei, Beaufort - Kg Maraba, Kira Kira 12 KM dari Bandar Beaufort merupakan salah satu kampung Kedayan yang makmur kerana rncangan pembangunan kampung yang sesuai dan bertepatan dengan masanya.

Pada tahun 70an dahulu, kampung ini tidak berbeza dengan kampung Kedayan yang lain. Mundur, tiada bekalan elektrik, bekalan air dan dihubungkan dengan sebatang jalan tidak berturap ke Beaufort. Pada ketika itu kebanyakan penduduknya menoreh getah disamping mengusahakan tanaman padi.

Taraf hidup penduduk di sini mula berubah apabila mereka terlibat dengan kegiatan tanaman nanas pada awal tahun 80an. Kita akui bahawa program penanaman nanas berjaya dilaksanakan berbanding dengan penanaman Kopi, Koko dan kayu pulpa di Sipitang.

Ketika itu, Maraba adalah satu satunya kawasan di Pantai Barat Sabah yang mengusahakan tanaman ini secara berkesan. Selain dari mempunyai kawasaan yang luas dan sesuai untuk ditanami dengan nanas, penduduknya juga bersatu dan menubuhkan koperasi / persatuan mereka sendiri untuk menjaga turun naik harga nanas di pasaran, demikian dimaklumkan oleh Sdr Jaidin Tamin, anak jati Maraba yang juga Setiausaha Agung KEDAYAN PUSAT.

KOL mengucapkan syabas kepada mereka kerana usaha yang gigih dan bersungguh sungguh ini. Tetapi, apa yang paling penting sekarang pekebun nanas Maraba patut menjaga kuaaliti nanas mereka selain daripada peka terhadap perubahan citarasa pengguna yang sentiasa berubah ubah. Baka nanas harus sentiasa dipertingkatkan supaya mutu nanas Maraba sentiasa menjadi perhatian pengguna. Apatah lagi KOL difahamkan Maraba baakal menghadapi persaingan dari kawasan Lumaat di dalam pengeluaran nanas.

KOL

END

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...