Friday, August 10, 2001

KOL IS BAAACK...!!!

10 Ogos,K.Kinabalu- Ehh balik balik KOL is back.., tapi lapas tu senyaap . Batah bahao tia update lagi.

"Ngapaaa........" "hangat hangat tahi hayam?" "apa jadi dengan KOL".... begitu pertanyaan para pengunjung dengan pihak kami apabila KOL tidak dikemaskini selama sebulan.

Kalau diteliti, nyatalah KOL memang mempunyai pembaca yang setia, inda dapat dinafikan lagi.

Caitanya macam biasaa tah tu, masalah pc. KOL telah menghantar pengumuman mengenainya kepada anggota KOL group, tetapi di dalam masa yang sama kita memahami bahawa bukan semua pembaca KOL menjadi anggota forum berkenaan. Sekali lagi KOL memohon maaf kepada pembaca kerana masalah ini. Insya Allah kita akan memperbaiki lagi perkhidmatan kita di masa yang akan datang. Di dalam masa yang sama pihak kami ingin sangat untuk mempunyai alamat dotcom sendiri...

Sebenarnya kita telah menyimpan www.kedayan.com, tapi untuk menggunakannya kita mesti membayar USD19 setahun. Ini belum termasuk simpanan laman web di server yang lengkap dengan kemudahan cgi untuk emel kedayan yang lebih canggih dan dapat kamu buka dari outlook express, kosnya kalau di tmnet, antara RM300-RM500.00

Inda jua banyak laa kan, tapi KOL memang memerlukan dermawan untuk tujuan itu. Ada yang sanggup ndarma?

KOL

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...