Friday, October 27, 2000

Kedayan, Kadayan, Melayu Kedayan; Mengelirukan!

Respon Dari Sdr Aron Bonafide kepada KOL

Hai assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu waasarobbukum anyarhamakum. 

Salam persaudaraan dari Sibuti-Miri. 

Ada beberapa isu yang hendak saya utarakan di sini. 

Pertama ialah mengenai nama bangsa ini sebenarnya . Terdapat beberapa perkataan yang pernah saya jumpa iaitu Kedayan , Kadayan dan Melayu Kedayan. Hal ini amat mengelirukan lebih-lebih lagi bagi anak kacukan seperti saya . 

Pertama , setahu saya Kedayan adalah satu bangsa yang berlainan dari Melayu. Tetapi apa yang malangnya  kebanyakan istilah yang digunakan seolah-olah Melayu dan Kedayan adalah sama. Misalannya, semasa pilihanraya lalu kebanyakan daerah Kedayan di melayukan. Misalnya, pengundi W.P Labuan terdiri daripada Melayu/Kedayan. Ini menunjukkan tiada perbezaan diantara Kedayan dan Melayu. Di Sarawak Kedayan sering dianggap Melayu. Pernah suatu ketuka sewaktu saya masih bersekolah saya di tuduh murtad kerana enggan mengaku Melayu. Ini adalah kerana Melayu adalah Islam .

Lagi satu, adakah persatuan Kedayan benar-benar bercita-cita untuk mengrtengahkan kebudayaan Kedayan atau tidak. 

Kalau ya mengapa tiada usaha bersungguh-sungguh ke arah itu ? 

Kenapa tarian Kaum Kedayan tidak mendapat tempat di negara ini? 

Tidak menarikkah tarian kita seperti adu-adu , Alai Bubu, Jipen dan sebagainya? 

Kita lebih mengutamakan majlis Bergendang, dan permainan gasing sahaja. Tidak menarikkah lagu-lagu Kedayan seperti Anding, Yadan na yadan, Jong jong malam dan sebagainya? 

Mengapa pula tiada usaha untuk mengetengahkan Adat Labai atau Berlabai iaitu suatu cara bercerita Kaum Kedayan ?

Mengapa tiada usaha ahli politik Kedayan untuk mengetengahkan Kaumnya sendiri?

Bukankah kaum Kedayan ini lebih bertamadun dari kebanyakkan kaum lain? 

Bukankah banyak kaum kedayan yang bergelar Panglima? 

Panglima Nayan atau panglima Ali dan sebagainnya? 

Bukankah pernah ubat-ubatan Kedayan menjadi kajian sebagaimana yang pernah di siarkan di dalam Jornal Museum Sarawak ? 

Betapa banyaknya kesan kewujudan Kedayan tetapi tidak diketengahkan?

Terdapat kubur kedayan purba di Lundu Kuching tetapi tiada perhatian untuk mengkajinya?

Bukankah kebanyakkan keturunan Melayu Sarawak nenek moyangnya Kedayan? 

Kenapa tidak di ketengahkan bahawa Kedayan pernah mempengaruhi kebudayaan beberapa kaum di Sarawak ? Kaum Beraya misalnya telah pupus kerana telah diasimilasikan ke dalam kebudayaan Kedayan.

Tidakkah bernilai sejarah Kedayan ? 

Bukankah Penghulu Haji Abdul Ghafur dilantik oleh Raja Brooke sebagai Penghulu kaum di Sibuti ? 

Kenapa perjuangan kaum lain di masukkan kedalam teks sejarah sedangkan sesetengahnya memang wajar diperangi oleh penjajah ?

Banting pahlawan Iban diagungkan sebagai pejuang bangsa sarawak sedangkan tindakan penjajah untuk menghapuskan adat memenggal kepala adalah wajar ?

Mengapa penglibatan Kedayan di dalam pemberontakan Brunei tidak diendahkan lansung sedangkan Kedayan di Sibuti berjaya menawan pekan Bekenu dari pihak British selama seminggu?

Bukankah ianya menentang penjajah ? 

Mengapa? 

Mengapa ? 

Saya berharap agar mendapat penjelasan dari pihak tertentu .

Sekian terima kasih.

namecode_cg01@yahoo.com

Engkek- Liau Aroon, baik tah kao malanggan kedayan newsletter. Lapas tu kao tuut nulis jua, bia kita jadi kedayan satu dunia!

Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...