Saturday, November 11, 2000

Asal Usul Kedayan: MAJAPAHIT ATAU BORNEO?

Tertarik dengan perbincangan Sdr Biik Biik dengan Sdr Aaron, di sini saya juga ingin mengongsi pendapat peribadi saya dengan saudara. Memang terdapat ramai pengkaji sejarah, sama ada dari Barat, terutamanya Prof. Collin dan Prof. Maxwell melihat kemungkinan yang amat besar orang Kedayan berasal dari Jawa atau Sumatera, bergantung kepada sumber masing masing. 

Disamping itu, sebab mereka datang ke Borneo juga adalah pelbagai samada kerana mengiringi perkahwinian hinggalah kerana kalah didalam pertandingan sabung ayam. Tetapi semua setuju bahawa Kedayan lahir sebagai bangsa kerana  fungsi mereka sebagai pahlawan.

Walaupun saya tidak begiru mahir di dalam penulisan sejarah, saya ingin menarik perhatian saudara saudara mengenai beberapa fakta semasa yang ada di Borneo sendiri.

Pertama, mengenai bangsa kita, Kedayan itu sendiri. Sila maklum bahawa  terdapat beberapa bangsa lain yang amat mirip dengan kedayan dari segi nama di Borneo ini.

1. Orang Kedayan - Mereka ini dikenali juga sebagai KEDAYAN (ejaan yang paling popular),KADAIAN, KADAYAN, KADIAN, KADIEN, KADYAN, KARAYAN, KEDYAN,  KEDIEN dan KERAYAN. Bangsa mereka tergolong ke dalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Sundic, Malayic, Malayan, Local Malay. Pertuturan mereka pula adalah 73% to 84% persamaan dengan melayu baku.

2. Orang Kahayan - Mereka juga dikenali sebagai KAHAIAN dan KAHAJAN. Bangsa mereka tergolong ke dalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Barito, Barat dan Selatan dan berkaitan dengan bahasa Ngaju, Katingan, and Bakumpai. 

3. Orang Kembayan - Mereka tinggal bersempadan dengan Sarawak /Indonesia di sekitar Balaikarangan, Kembayan dan Sungai Landak River. Mereka adalah tergolong kedalam Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Borneo, Land Dayak. 

4. Orang Kendayan - Mereka juga dikenali sebagai orang BAICIT, KENDAYAN-AMBAWANG dan Dayak KENDAYAN DAYAK serta tinggal di Kalimantan Barat, Tenggara Bengkayang di Kawasan Ledo sehingga ke kawasan hutan  Madi and Papan. Bangsa mereka adalah tergolong ke dalam bangsa Malayo-Polynesian, Western Malayo-Polynesian, Sundic, Malayic, Malayic-Dayak. 

Tiada siapa, termasuk saya sendiri yang mengaku bahawa keempat empat bangsa ini adalah sama, tetapi persoalannya, kenapa nama keempat empat bangsa berkenaan begitu hampir diantara satu sama lain?

Keduanya dari segi bahasa. Kaitan yang amat rapat antara beberapa bangsa lain secara khusus. Kita tahu dari kajian, bahasa kedayan adalah begitu hampir, sehingga 84% mendekati bahasa melayu baku.Pakar bahasa, Prof Nik Safiah Karim pernah menyebut "...bahasa kedayan lebih senang difahami berbanding dengan bahasa melayu kelantan" (sudah tentu!). 

Tetapi amat menghairankan bahawa bahasa kedayan diguna secara meluas di Indonesia terutamanya di daerah Kutai. anak Kedayan yang pernah berkunjung ke sana mengatakan bahasa mereka adalah  100% menyamai bahasa yang kita tuturkan di Malaysia.

Di sana, mereka tidak menggelarkan diri mereka sebagai kedayan malah mereka tidak tahu yang di dunia sebelah sini saudara mereka adalah dikenali sebagai kedayan. Bagi mereka, mereka hanyalah orang melayu yang miskin, dan merupakan saki baki suatu kerajaan yang besar di masa lalu. pecahan mereka adalah seperti berikut

Orang Berau

Mereka juga dikenali sebagai orang Berau, Orang Merau. Pada tahun 1981 jumlah mereka dianggarkan 20,000 orang, tinggal di Kawasan pantai ke arah timur dari Tanjungreder dan muaralimau di utara, dan sipinang di selatan.

Orang Tenggarong

Mereka juga dikenali sebagai orang Kutai. Mereka dianggarkan berjumlah 210,000 orang pada tahun 1981.Pecahan petempatan mereka adalah seperti berikut 100,000 di Tenggarong, 60,000 di Ancalong, 50,000 di utara Kutai. Ini termasuklah kawasan sungai Mahakam , Kawasan dari Sipinang dan Tg. Mangkalihat diutara sehingga ke Muarabadak dan Samarinda di Selatan. 

Orang Melayu dari KOTA BANGUN KUTAI  

Mereka berjumlah kira kira 80,000. Mereka tinggal di kawasan tengah sungai Mahakam. Agak berbeza dari orang Tenggarong kerana orang tenggarong mengamalkan tiga dialek utama, tetapi agak dekat dengan orang utara kutai dan masih sama dengan orang kedayan.

Orang Bukit

Mereka juga dikenali sebagai orang melayu, orang meratus. Berjumlah 50,000 orang pada tahun 1981 dan tinggal di kawasan Timurlaut, Sungai Sampanahan dan Limbungan. Mereka kuat mengamalkan amalan kebatinan.

Sekarang timbul masalah baru; Orang Banjar!

Mengikut kajian pada tahun 1993, jumlah orang Banjar di seluruh Kalimantan berjumlah 3 juta orang, dan mereka pernah mempunyai kerajaan yang kuat, tetapi tertakluk di bawah kekuasaan Kutai sehingga kurun ke 19. Ahli antropologi sependapat bahawa; bahasa mereka dipengaruhi oleh bahasa Jawa dan mereka telah bertapak di Kalimantan selama 800 hingga 1000 tahun. Menurut mereka lagi, Orang Banjar terpisah terpisah dari Kedayan sekurang kurangnya sejak 400 tahun yang lepas.

Perkara ini perlu kajian yang jauh, yang lebih jauh dan amat berhati hati! 

Jika betul, sejarah bangsa Kedayan sebenarnya lebih lama dari Kerajaan Berunai itu sendiri. Harus diingat, Kerajaan Kutai adalah kerajaan yang pertama di Nusantara iaitu bertapak pada tahun 400 iaitu kurun pertama selepas masihi. Sedangkan, kerajaan Brunei hanya wujud seawal awalnya akhir kurun ke 14 sesudah masihi. Malah, Kutai lebih awal dari kewujudan Majapahit di Jawa.

Sehingga kurun ke ke 19 Kerajaan Banjar masih membayar ufti kepada kerajaan yang kuat ini. Persamaan bahasa dengan orang Jawa tidak bermaksud mereka datang dari Jawa, tetapi kerana saki baki tinggalan bahasa kerajaan Kutai Tua yang mengamalkan agama Hindu dan berbahasa Sanskrit! 

Di Sini saya mengirimkan satu artikel mengenai kerajaan Kutai untuk pihak anda siarkan jika berkenaan.

KEDAYAN BAANG LUBUK BAANG ANTAU

ARIMI SIDEK

SU Penerangan KEDAYAN

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...