Tuesday, November 21, 2000

Kongress PBS hangat!

21 Nov 2000, Kota Kinabalu; Kongres PBS Ke 15 di Hongkod Koisaan berjalan dengan suasana hangat apabila Ketua Bahagian Moyog Yang juga merupakan ADUN Moyog, YB Datuk  Clarence B. Malakun menyuarakan kekesalan beliau mengenai kad keahlian lebih 6000 ahli ahli parti di kawasan beliau yang belum dikeluarkan sehingga sekarang. 

Selain daripada itu beliau juga mempersoalkan keengganan pucuk pimpinan parti untuk bekerjasama dengan parti Bersekutu di dalam pilihanraya lepas, sehingga menjejaskan peluang untuk PBS berkuasa semula di negeri ini.

Sementara itu di dalam majlis yang sama Presiden Parti, YB Datuk Pairin menerangkan bahawa PBS tidak menerima pelawaan Bersekutu kerana sangsi dengan kejujuran parti berkenaan untuk berkerjasama dengan PBS. Beliau menambah, terdapat beberapa insiden yang menunjukkan bahawa ada kemungkinan Bersekutu dijadikan alat oleh BN untuk menjayakan matlamat politik mereka.

Kalangan pemerhati berpendapat teguran oleh Datuk Malakun ini adalah yang paling keras seumpamanya pernah disuarakan oleh ahli parti, apatah lagi kedudukan Datuk Pairin selama ini sebagai Huguan Siou masyarakat Kadazandusun.

Kongres kali ini memperlihatkan dua perkembangan lain, iaitu pengunduran Tengku Ariah Tengku Ahmad dari pucuk pimpinan Parti dan penampilan Sdr Aliudin, seorang bumiputera Islam untuk menerajui pergerakan pemuda parti berkenaan.

Engkek - payah tu, mun alah maahkan bersekutu

Sipalui- auuu; balik balik maahkan si hais
Copyright © 2000 PAADIANinc. Send mail to PAADIANinc with questions or comments about this web site.

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...