Tuesday, November 7, 2000

Perbincangan mengenai Asal usul Kedayan part 2

B. KEDAYAN BERTAPAK DI NEGARA BRUNEI

Kembali kepada peristiwa perkahwinan puteri dan sultan ( kita tidak tahu sultan yang mana satu, tapi pasti bukan Awang Alak Batatar. Ini kerana pada peringkat awal penubuhan dengan serba serbi kekurangan yang ada, beliau tidak mungkin begitu cepat menjalin perhubungan diplomatik sejauh Majapahit) berkenaan.

Selepas perkahwinan itu, Puteri  dan rombongannya terus menetap di Brunei. Ini bukan satu perkara yang aneh. Di Melaka, Puteri Hang Li Po dan rombongan beliau terus menetap di Melaka apabila beliau berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selain dari jarak yang jauh untuk pergi balik, ianya adalah merupakan lambang kebesaran bagi puteri berkenaan iaitu sejauh mana ramai orang mengikut untuk berkahwin. Kita ikuti gelaran yang ada di Brunei sehingga sekarang ini. Pangeran, Raden, Kula (kaula) adalah gelar yang datang dari tanah Jawa dan ianya wujud di Brunei besar kemungkinan dari perkembangan ini.

Dari semasa ke semasa ini juga akan mewujudkan arus masuk orang kedayan yang kemudian ke Brunei kemudiannya sehingga mewujudkan satu identiti sendiri, seperti juga wujudnya golongan Baba-Nyonya di Melaka. Sehingga proses ini menumbuhkan satu komuniti tersendiri, KEDAYAN.

Pelikkah jika satu bangsa, seluruhnya menjadi puak yang diarah menjadi “frontliner” kepada sesebuah kerajaan?. Tidak.

Perkara ini wujud pada kerajaan yang besar lain seperti Siam. Di sana Bangsa Prai dan Sui adalah “kedayan” yang menjadi tentera raja secara turun temurun. Setiap anak mereka dilatih ilmu peperangan, dan kesetiaan mereka teruji turun temurun; menjadi pengukur yang menjamin kegemilangan kerajaanSsiam. Hanya golongan ini yang dilatih menjadi golongan pengawal peribadi terdekat raja.Berlaku juga perkahwinan campur dengan wanita tempatan sehingga Kedayan wujud sebagai satu bangsa.  Empayar British jugamendapat ikhtibar mengenai perkara ini. Sehingga kini, bangsa Gurkha adalah diimport dari pergunugan Nepal menjadi tentera elit yang dibanggakan, seperti apa yang terjadi dalam perang falkland pada tahun 1980an.

Kedayan, bukan orang Berunai; yang mejadi teras kewujudan kesultanan Brunei. Ini bukan suatu hasutan atau perluahan kebencian tetapi merupakan hakikat yang perlu dihormati oleh semua.

Kedayan terus menerus menjadi barisan hadapan “frontliner” di Istana Brunei dan dihormati sebagai hulubalang terkemuka. Kesultanan menggunakan orang kedayan ini untuk empayarnya seperti berikut :

1) Orang Kedayan, bukan orang Berunai dijadikan sebagai bala tentera untuk pertahanan dan meluaskan tanah jajahan di sekitar Borneo.

2)  Orang Kedayan akan diarah menduduki satu satu tempat yang baru dijajah

supaya satu bentuk pertahanan diwujudkan. Maksudnya, orang orang ini diarah untuk membuka negeri berkenaan, termasuk tinggal di kawasan berkenaan bagi mempastikan ianya kekal tertakluk di bawah kesultanan Brunei. Penghormatan Sultan kepada Pemimpin Kedayan dari kawasan baru ini mewujudkan hubungan dua hala yang baik turun temurun kerana, walaupun mereka masih tunduk kepada Sultan di Brunei, Sultan sendiri memberikan mereka autonomi pentadbiran yang amat luas

3) Benteng Kawasan  Bandar

Orang Kedayan adalah diarah membuka perkampungan di sekitar bandar dan istana, menghala ke kawasan darat. Golongan peniaga yang kemudian dikenali sebagai “orang Brunei” mendirikan perkampungan di kawasan laut supaya, apabila timbul satu satu bahaya dan ancaman terutama dari kalangan orang dayak pertahanan akan diuruskan oleh orang Kedayan. Oleh itu, golongan Istana dan peniaga mempunyai masa yang cukup untuk berlindung di laut, sementara keadaan menjadi reda.

Keadaan ini mempengaruhi corak petempatan Brunei sehingga sekarang. Lazimnya, “orang Brunei” tinggal di atas pesisiran pantai, sementara orang Kedayan tinggal di kawasan Darat.

4)  Membuka kampung

Ada sesetengah insiden di mana para pahlawan ini mempunyai kaliber dan bercita cita tinggi serta “outspoken”. Kebijaksanaan sultan biasanya berjaya mengawal mereka. Cara yang biasa ialah memberikan mereka pangkat dan kebesaran serta memberikan mereka kekuasan untuk membuka kampung baru jauh dari bandar sultan. Mereka ini disertakan dengan “regalia” yang tersendiri biasanya cap mohor diraja. Jadi, sultan mewujudkan “win-win situation” bagi dirinya dan pemimpin berkenaan. Sultan menghindarkan ancaman dari kerajaannya, tanah jajahan semakin meluas sementara pemimpin berkenaan mempunyai kuasa yang diimpikannya…. Di tanah baru, seperti Sipitang , Miri dan Labuan.
Bersambung.......

Biik Biik

END

No comments:

Post a Comment

Kedayan Online and Suambi Kedayan, A REBORN!

This website is a re-issue of once published materials of Kedayan Online  (of PAADIANInc. ),  Suambi Kedayan (of Persatuan Kedayan Sabah...